Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

COVID-19: Ratu Cantik United Kingdom Letak Mahkota Dan Kembali Bertugas Sebagai Doktor

Ratu cantik United Kingdom, Dr. Bhasha Mukherjee kembali berkhidmat sebagai doktor dalam usaha memerangi wabak COVID-19.
Editor
08 Apr 2020, 04:34 PM

Ratu cantik United Kingdom (UK) Dr. Bhasha Mukherjee sanggup melupakan hasrat beliau menamatkan misi kerja amal di luar negara untuk pulang ke negara asal dan berkhidmat sebagai doktor dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

covid-19: ratu cantik united kingdom letak mahkota dan kembali bertugas sebagai doktor

Beliau berkata, dirinya rasa bersalah memegang gelaran Ratu Cantik England ketika dunia berperang melawan pandemik COVID-19, termasuk rakan-rakan sekerja saya.

Mukherjee, telah dinobatkan sebagai Miss England dua tahun yang lalu, berehat dari karier utamanya sebagai seorang doktor junior untuk fokus dalam pertandingan ratu cantik dunia Miss World pada Disember 2019.

Difahamkan, wanita berusia 24 tahun itu berada di India sepanjang Mac lalu bagi mewakili sebuah komuniti kebajikan sebagai duta dalam memberikan bantuan kepada beberapa sekolah dan rumah kebajikan di sana.

covid-19: ratu cantik united kingdom letak mahkota dan kembali bertugas sebagai doktor

Mukherjee, bagaimanapun, berkata beliau membuat keputusan untuk kembali berbakti selepas melihat situasi negara berdepan pandemik yang semakin teruk. Beliau menerima mesej daripada rakan-rakan di Hospital Pilgrim di Boston, hospital lama tempatnya pernah bekerja, menceritakan situasi sukar dihadapi mereka ketika ini.

“Bila kamu membuat aktiviti kemanusiaan di luar negara, kamu masih dianggap sebagai ratu cantik yang memakai mahkota, sentiasa bersedia untuk nampak menawan.

“Tetapi, saya teringin untuk pulang ke rumah. Saya teringin datang dan terus pergi bekerja,” katanya.

Mukherjee amat kagum melihat bagaimana seluruh dunia menghargai petugas barisan hadapan dan berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada mereka kerana mengetahui dirinya mampu untuk membantu.

“Tiada saat yang indah bagi saya untuk bergelar Ratu Cantik England sementara membantu di saat England memerlukan,” katanya.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }