Batu-batu pada landasan kereta api ini berfungsi sebagai pemberat pada trek. Batu ini membentuk laluan pada landasan, dimana menjadi tempat terletaknya galang landasan kereta api.
Galang kereta api disusun selari dengan landasan, bertujuan mengekalkan jarak antara landasan sebelah kiri dan sebelah kanan. Batu-batu kecil pada landasan kereta api juga mempunyai bucu yang tajam, bertujuan bagi memastikan batu tersebut tidak begerak daripada tempatnya.
Selain itu, batu-batu kecil ini juga bertindak sebagai penghalang untuk sebarang tumbuhan untuk tumbuh pada landasan kereta api. Tiada satu pun batu pada landasan kereta api yang berbentuk bulat dan rata.
Rujukan:
Track ballast – Wikipedia
International Journal of Engineering and Applied Sciences
University of Wisconsin – Madison
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.