Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

Pertama Kali Dalam Sejarah, Abang Grab Kongsi Padang Dengan Pemain Profesional!

Viral! Kelibat Abang Grab di Final Piala FA!
Izza Yatim

 

Artikel ini ditaja oleh Grab

xxx

Kredit: Grab

Kaki bola sejati mesti pernah nampak kelibat Abang Grab di Final Piala FA musim 2024/2025 kan? Waktu Selangor FC menentang JDT 👇

@grabmy Siapa abang berjaket Grab yang anda semua nampak di Stadium Bukit Jalil haritu? 🤔 Itu Abang Shukri. 😌 Perjalanan beliau bersama Grab bermula pada Oktober 2018. Beliau juga kini sedang membina empayar perniagaan bundle kasut demi masa depannya. Jom ikuti perjalanan beliau di final Piala FA hari Sabtu yang lalu! ⚽️ Kredit lagu: Faizal Tahir - Gemuruh #GrabFCxMFL #PialaFA2024 ♬ original sound - GrabMY

Iyalah, waktu semua penonton tengah teruja nak tengok pasukan kegemaran beraksi, tiba-tiba muncul lelaki dengan uniform Grab bawa bola masuk padang. Pelik!

Siapa sangka sukan dapat menghubungkan dua dunia berbeza; bola sepak dan servis penghantaran Grab...

Siapa Abang Grab yang hantar bola malam Final Piala FA Musim 2024/2025 tu?

xxx

Kredit: Grab

Ramai yang tanya soalan yang sama! Siapa Abang Grab tu? Kenapa dia tiba-tiba boleh masuk padang untuk pass bola pada pemain? Nak kata pemain, pasukan mana? Nak kata pengadil, baju macam lain je. Tak mungkin pula peminat...🤔 Pakai pula baju Grab, lagilah timbulkan tanda tanya.

Ha, kalau nak tau, Ku Mohd Shukri bin Ku Ibrahim tu la Abang Grab yang dimaksudkan.

Bertuah sungguhlah abang ni! Bukan senang tau nak jadi wakil Grab satu Malaysia bawa bola di acara yang gah macam tu. Siap keluar TV lagi!

xxx

Kredit: Grab

Paling penting, abang ni tak guna ’kabel’... Dia dipilih oleh Grab sendiri sebagai menghargai usaha, dedikasi dan minatnya terhadap bolak sepak! 

Jadi memang satu penghormatan buat abang Grab ini. 😍

Macam mana Shukri dapat bertahan 12 tahun sebagai Rakan Grab?

Ha, bukan biasa-biasa tau kisah Abang Grab ni. Sangat memberi inspirasi. Sebab apa?

Sebab abang ni bersama Grab bukan sekadar untuk menyara keluarga tetapi fleksibiliti masa yang ada pada Grab ni, sangat-sangat diperlukan untuk menguruskan temujanji anaknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

xxx

Shukri mencari pekerjaan yang fleksibel bagi membolehkannya menguruskan temujanji anaknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) [Kredit: Grab]

Iyalah, temujanji di hospital kebiasaannya hari bekerja. Agak sukar kalau terikat dengan masa bekerja 8 pagi-5 petang. Jadi, pekerjaan sebagai Abang Grab ni sangat membantu kehidupan seharian Shukri.

Pendapatannya pun lumayan tau. Bergantung pada jumlah trip. Lebih banyak trip yang diambil, lebih masyukkk!

Jadi tak hairanlah, dengan pendapatan sebagai Abang Grab ni, Shukri jadikan modal untuk buka kedai jualan barangan bundle dia sendiri. Memang terbaik dan berwawasan kan?

”Pengalaman satu dalam sejuta!”

Ni bukan kami yang kata, ni Shukri yang kata. 

Peluang macam ni bukan senang tau nak dapat! Shukri menjadi satu-satunya Abang Grab paling bertuah, terpilih sebagai penghantar bola dalam sejarah bola sepak. Lebih manis sebab Syukri dapat berjumpa pasukan kegemarannya, Selangor FC! Lagilah berbunga-bunga hati.

xxx

Kredit: Grab

Dan walaupun hampir setahun berlalu, momen wajahnya terpampang di kaca televisyen dan media sosial, ucapan tahniah tak putus daripada keluarga dan rakan-rakan serta sorakan penonton di stadium masih segar dalam ingatan Shukri.

Memang terbaik inisiatif Grab ni menghargai usaha Rakan Grab dan Rakan Penghantar Grab, sebab #GrabBersamaMalaysia sentiasa...

Nak tau cerita Abang Grab ni, jom layan video Kisah Disebalik Bola: Abang Grab. Sebuah dokumentari pendek yang memaparkan kisah-kisah inspirasi dan perit jerit rakan penghantar.

Mana tau dengan kisah Shukri ni dapat beri inspirasi kepada anda yang ingin memulakan kerjaya tidak kira secara sambilan atau sepenuh masa dengan Grab.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us