Asam Mo Fa Kor mungkin menjadi pilihan buat mereka yang dalam perjalanan jauh kerana asam ini dikatakan mampu menghilangkan rasa pening dan tekak loya. Ada juga yang mengamalkan ia untuk menghilangkan bau mulut.

Namun tahukah anda dari mana asal usul asam ini?

Dikenali dengan nama Mo Fa Kor dalam bahasa Cina, buah daripada pohon Calabash (nama saintifik Crescentia acuminata) ini banyak tumbuh di kawasan selatan Amerika Syarikat, Mexico dan kepulauan Carribean.


Pohon Calabash ini mempunyai ketinggian pokok yang agak rendah, iaitu kira-kira 6 meter. Jika dilihat dari jauh, buahnya kelihatan seakan-akan buah tembikai dengan kulit yang agak keras dengan ukuran kira-kira 50 sentimeter. Isi buah ini bagaimana pun sangat lembut, berwarna putih dan mempunyai biji yang kecil. Rasa isi buah ini pula agak manis jika ia masak ranum.



Isi buah Mo Fa Kor ini kemudiannya diproses dengan gula, garam, asid sitrik dan herba sehinggalah terhasilnya asam Mo Fa Kor. Ada juga yang buat jus daripada buah ini.



Korang panggil asam ni dengan nama apa?
Sumber: Britannica
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.