inspirasi Baju Putih Cepat Kotor? Kami Ada 5 Tips Berguna Cuci Pakaian Warna Putih Kami ada 5 cara mudah nak cuci pakaian berwarna putih dan kekalkan warnanya tanpa jadi kusam. Editor 06 Oct 2019, 01:49 PM Share Tweet Ramai orang tak minat nak beli pakaian berwarna putih walaupun pakaian warna putih senang di suai padan dengan pelbagai warna lain. Bagi mereka pakaian berwarna putih susah dijaga serta cepat kotor. Tapi lepas ni dah tak perlu risau dah sebab kami ada 5 cara mudah nak cuci pakaian berwarna putih dan kekalkan warnanya tanpa jadi kusam.1. Asingkan pakaian putih sahaja tanpa campurkan dengan yang lain ketika mencuci. Kerana warna dari baju lain akan turun pada pakaian putih. 2. Tambah perahan jus lemon atau beberapa titisan cuka ke dalam air ketika bilasan terakhir untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada baju berona putih dan sekaligus ia mengekalkan rona putih bersih seperti baru. Bau cuka akan hilang setelah pakaian kering. 3. Boleh juga gunakan peluntur klorin untuk mencuci pakaian putih kecuali linen atau pakaian yang bermaterialkan elastik. Tetapi jangan terlalu kerap kerana takut pakaian jadi longgar terutama stokin putih. 4. Rendam pakaian di dalam air panas jika material pakaian tersebut boleh bertahan dengan suhu panas. Ini boleh membantu menghilangkan kesan kotor pada pakaian putih tanpa perlukan menggosok. 5. Pastikan anda membuang kesan kotoran terlebih dahulu sebelum ia mengering. Jika kesan kotoran masih tidak hilang biarpun setelah ia kering, basuh semula kerana kotoran tersebut akan menjadi kekal setelah pakaian tersebut kering sepenuhnya. Gunakan perahan lemon untuk menghilangkannya.Jadi selamat mencuba !Sumber: Eh.com.my Share Tweet Filled Under : inspirasi *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.