Kredit: m/SIX
Bukan senang menjadi seorang ibu tunggal. Terlalu banyak cabaran dan tanggungjawab yang perlu dipikul, seperti bekerja lebih masa, membesarkan anak-anak, dan juga menguruskan hal ehwal rumahtangga, termasuk kewangan.
Terdapat ramai ibu-ibu tunggal yang nak hidup berdikari dan berminat untuk bekerja semula atau bekerja sendiri tapi tak tahu macam mana nak mula.
Sebuah bakeri di PJ sedang membantu menyelesaikan masalah ni.
SuperMum Bakery menawarkan latihan praktikal bagi memperkasakan para ibu tunggal. SuperMum Bakery ialah sebuah perniagaan sosial yang ditubuhkan oleh Kelab Rotari Petaling Jaya (RCPJ) yang menawarkan latihan praktikal buat ibu-ibu tunggal.
Di sini, mereka boleh belajar membuat kek, roti dan biskut serta asas-asas perniagaan bagi memulakan perniagaan sendiri ataupun mendapatkan pekerjaan sebagai seorang chef pastri.
Kredit: m/SIX
Turut serta dalam misi yang mulia ini ialah m/SIX, sebuah agensi komunikasi media (bahagian Pemasaran WPP) di mana mereka menyumbangkan kepakaran mereka dalam pemasaran dan kreativiti pada musim Ramadan-Raya lalu.
Kredit: m/SIX
Dengan bahan-bahan memasak yang disumbangkan oleh Bagus Marketing Sdn. Bhd., beberapa pekerja m/SIX telah memainkan peranan mereka dalam pesanan kuih-muih Raya menggunakan kreativiti dan kepakaran mereka dalam memasarkan produk.
Kredit: m/SIX
Orang ramai juga boleh membuat sumbangan kepada SuperMum Bakery. Kalau berminat nak beli biskut-biskut yang enak oleh mereka ataupun ingin mengambil ibu-ibu tunggal di sini untuk bekerja di syarikat anda, ikuti mereka di Facebook atau hubungi 012-303 8126.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.