Bunga kantan merupakan elemen yang sangat penting untuk sesetengah makanan. Bukan sahaja untuk menambah rasa tetapi aroma bunga kantan cukup memikat jika dimasak bersama menu yang dihidangkan.
Tapi ramai disana yang selalunya membuang bunga kantan jika tidak habis digunakan. Ini kami kongsikan untuk anda supaya anda tidak perlu membazir dan dengan tips simpan bunga kantan agar kekal segar walaupun berbulan - bulan.
Bunga kantan kalau disimpan tanpa isi air lama - lama akan jadi hitam di di dalam.
Tapi buat cara macam ni InshaaAllah tahan lebih lama.
1. Bunga kantan harus dibelah bergantung pada saiznya kemudian masukkan dalam plastik.
2. Isi air masak dalam plastik yang dah di isi bunga kantan tadi. Air mesti menutup seluruh bunga kantan tu
3.Simpul kemas - kemas.
4.Bekukan macam buat aiskrim.
5. Jangan lupa pesan pada anak - anak yang ini bukan aiskrim.
Selamat mencuba
Sumber Pn Qiha Fareesya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.