Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

Betul Ke Anak No 2 Pelik? Ini Fakta Menarik Tentang Anak Kedua Mengikut Kajian

Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain.
Editor
29 Jan 2019, 05:02 PM

Anak kedua sering dikatakan mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik. Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain. Mereka juga dikatakan berbeza dan penuh misteri, betul ke?

Disebabkan anak kedua merupakan anak tengah secara tidak langsung ia harus beralah kepada kakak, abang dan adiknya. Maka tidak hairanlah anak sering bersikap terbuka, berlapang dada dan mengalah dalam segala hal.

Ini antara beberapa fakta menarik mengenai anak kedua daripada perubatan dan ahli psikologi Alfred Adler.

1. Terasing

Anak kedua sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Maklumlah, kelahiran anak pertama itu yang sering dinanti-nantikan. Jadi, memang itu yang sering mendapat perhatian. Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain.

Selain anak sulung, anak bongsu juga sering diberikan perhatian yang lebih. Yelah, anak kecil yang di bawahnya sudah tiada lagi adik dan merasakan itulah yang perlu dilindungi. Ada kala, ibu  bapa terbawa-bawa sehingga anak itu meningkat umurnya.

Jadi, tinggallah anak kedua seorang diri dan kurang mendapat perhatian keluarga.  Maka, tidak hairanlah anak kedua selalu kita lihat mempunyai SAHABAT BAIK atau ‘BFF’ atau ‘Best-Friend-Forever’. Mereka menjadikan ‘BFF’nya itu ada kala melebihi keluarga sendiri.

2. Gemar bersahabat

Mungkin disebabkan anak kedua sering tersisih oleh keluarga, jadi mereka lebih senang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Mereka akan berusaha membuat orang lain selesa dengan persahabatan itu agar hubungan mereka terus utuh.

Namun, sifat ini juga ada sisi negatifnya. Anak kedua tidak berani membuat keputusan dalam segala hal, terutama yang melibatkan dirinya. Dia takut jika keputusan itu akan menyusahkan orang lain. Jadi, kalau nak cari pasangan atau sahabat sejati, carilah anak kedua. Sebab...dia pasti akan menjadi pasangan atau teman terbaik yang pernah kamu miliki.

3. Kreatif dan Fleksibel, Suka Kebebasan

Disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya. Disebabkan itu kita sering lihat anak kedua akan bekerjayang berkaitan dengan seni dan kurang gemar bekerja di bawah tekanan.

Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat. Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua yang gemar memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.

4. Paling Berbeza

Tidak dapat disangkal lagi, anak kedua biasanya akan selalu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada ibu atau ayahnya. Oleh sebab itu, mereka akan selalu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan perhatian. Sebab itulah mereka selalu akan melakukan perkara yang berbeza supaya ibu bapa sedar akan kewujudan mereka.

5. Masalah hubungan

Disebabkan anak kedua sering mendambakan perhatian, dia akan sering berasa takut, hubungan dengan keluarga pun tidak berjalan dengan baik. Ini membuatkan mereka sukar untuk membentuk sebuah keluarga dan bermasalah dengan pasangannya.

Mereka gemar menuntut perhatian yang lebih dan mempunyai sikap berprasangka yang sebenarnya mereka sendiri tak inginkan. Lebih teruk lagi, mereka akan sering menyalahkan diri sendiri dalam segala hal!

Cara untuk mengurangkan sifat negatif pada anak kedua ini adalah dengan memberikan perhatian yang lebih kepada anak kedua ini. Dengan itu, mereka akan membesar dengan mempunyai peribadi dan karakter yang baik.

Selain itu juga, perhatian yang cukup akan menjadikan mereka seorang yang membesar dengan penuh kasih sayang. Sehingga orang di sekeliling mereka pun akan berasa selesa dengan mereka.

So siapa anak kedua kat sini? Betul ke antara fakta dan ciri – ciri di atas seperti anda?

Sumber dari GPS Bestari

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us