Oleh Razzlyn Rosli.
Masa kecik kecik dulu mesti korang rasa excited kan bila dengar lori MILO nak datang sekolah! Bila dapat je berita tu sure budak-dudak dalam kelas tak berapa nak boleh bagi tumpuan sangat dah kat guru mengajar. Tunggu aje nak dengar pengumuman dari mikrofon kat sekolah. Minta pelajar keluar dari kelas beratur pergi ke lori milo yang datang.
So sekarang ni kami nak kongsikan di sini cara-cara nak buat air MILO sedap macam MILO lori yang datang ke sekolah dulu. Korang just kena follow je step kat bawah ni..
- Mula-mula ambil satu gelas sedang besar atau mug.
- Masukkan susu pekat satu sudu dan serbukMILO 3 sudu.
- Masukkan air panas, suku (1/4) mug atau sama peras dengan MILO tadi.
- Kacau perlahan sehingga air panas tersebut menjadi suam.
- Letak ais (air batu ) hingga penuh mug tadi.
- Biarkan air batu mencair sampai tidak kelihatan satu ketulan air batu pun.
- Biarkan beberapa minit. Tunggu dengan sabar.
- Bila semuanya sudah cair. Nikmatilah rasa air MILO sebijik macam baru keluar dari MILO lori kat sekolah tu.
- Selamat mencuba semua!
Dengar Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.