Ikan merupakan salah satu lauk protein yang sering dijadikan menu santapan setiap keluarga. Tetapi tidak ramai yang tahu cara untuk memilih ikan segar supaya rasa hidangan terjamin.
Ini kami kongsikan beberapa tip yang anda perlu tahu ketika membeli ikan di pasar.
1. Isi melantun balik apabila ditolak.

Ikan yang segar akan kelihatan segar. Itu peraturan pertama yang boleh anda turuti. Dan apabila ditolak menggunakan jari, isinya akan melantun balik / pejal.
2. Matanya segar & timbul

Ikan yang segar mempunyai mata yang cantik, jernih dan sedikit timbul. Sama la macam manusia, kalau yang kurang sihat tu boleh tengok dari mata yang kurang galak.
3. Bau laut

Ikan yang segar tidak berbau 'ikan' tapi sebaliknya mempunyai bau laut. Tapi kalau di bandar sukar sikit mahu mencari ikan yang betul-betul berbau laut.
4 kan segar mempunyai insang yang merah atau pink, basah dan tidak kecut

Jangan pilih yang ada insang pucat.
Bagi penulis, cara yang paling mudah adalah dengan melihat pada matanya. Pilih ikan yang mempunyai mata yang segar. Sekali pandang pun dah boleh agak.

Kredit Siakap Keli. Fotohealthguidance.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.