Anda pernah tak lalui situasi-situasi ni? Nampak macam tak logik, tetapi inilah dilema biasa yang dihadapi para wanita setiap kali solat. Antara 6 perkara ni, yang mana satu selalu terjadi pada anda?
#1 Panas
via GIPHY
Aduh! Nak habiskan empat rakaat tu, berjurai-jurai peluh. Habis lencun baju! Tu tak termasuk kena tunggu ceramah lagi. Kalau ada penghawa dingin tu, ok la... Kalau takde? Memang basah kuyup nak habiskan ceramah sejam tu.
#2 Telekung Terbang
via GIPHY
Ni situasi biasa kalau solat di bawah kipas. Dapat pula kipas besar, memang terbanglah telekung tu. Nasib tak baik, tengah sujud telekung terangkat ke atas. Mana nak jaga telekung, nak jaga aurat lagi...
#3 Rambut Mudah Terkeluar
via GIPHY
Dah pakai skaf, pakai lagi tudung di bawah telekung dan letak lagi brooch di bahagian dagu telekung. Iyalah, kebiasaannya telekung yang dibeli tu longgar di bahagian dagu. Pantang tertarik sikit, mulalah berterabur rambut keluar.
#4 Jarang
via GIPHY
Nak beli yang tebal, risau panas. Beli yang nipis jarang la pula. Tahap jarang tu adakalanya boleh buat 'wayang kulit'lah. Memang kena sarung pakaian yang menutup aurat di bawah telekung!
#5 Senteng
via GIPHY
Ni dilema biasa orang yang tinggi. Telekung dah elok terletak, kainnya pula singkat. Tersalah cara, mulalah nampak kaki, atau lagi teruk kain terlekung boleh terlucut (sebab dipakai terlalu rendah di bawah perut).
#6 Kain Tertanggal
via GIPHY
Ha! Terutamanya kalau pakai kain telekung yang kena ikat atau getah yang dah longgar. Bayangkan tengah-tengah solat, kain terlucut... Nak berhenti ke, nak teruskan solat?
Stress, kan kalau terjadi perkara-perkara ni terutamanya kalau tengah solat berjemaah? Apa kata anda cuba Telekung Siti Khadijah! Telekung SK menggunakan fabrik cotton-feel yang selesa dipakai, tidak jarang, tidak tebal dan sejuk ketika bersolat. Telekung ini tidak mudah berkedut dan mudah dijaga. Menariknya Telekung Siti Khadijah ini mempunyai saiz mengikut bentuk wajah serta rekaan dagu daripada fabrik memeri dan juga saiz telekung yang sesuai untuk kebanyakkan wanita di Malaysia.
Bagi anda yang ingin mencuba koleksi original SK pada harga yang sangat berbaloi, buat julung kalinya, SK mengadakan jualan terbesar dengan diskaun sehingga 50%. Lebih daripada 20,000 telekung yang tidak MENCAPAI STANDARD KUALITI SK seperti terdapat kesan kotoran minima, benang tercarik yang tidak terlalu kelihatan, kesan bintik hitam yang sangat minima dan kualiti sulaman pada renda yang tidak sempurna untuk dihabiskan.
Jom meriahkan SK Mega Clearance Sale di Center Court Alamanda Putrajaya dan AEON Mall Tebrau SERENTAK dari 4 hingga 17 September 2018 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dan berpeluang menangi 6 tiket penerbangan ke Maldives, Bali & Bangkok.
Layari sitikhadijah.com atau facebook Telekung Siti Khadijah untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.