
Projek DIY
Mirror sticker/wallpaper cermin utk cermin dapur.
Projek arini nak tampal mirror sticker utk cermin di bahagian dapur

Bahan2
1.Mirror sticker (wallpaper utk cermin) beli dr Mr Diy..1 roll saiz 90cmX2m.
Harga RM23.50..cukup segelung ni utk tingkap 2 panel
2.Air yg di campur sabun
3.Gunting dan pen marker
Cara2nya:
1.Keluarkan cermin dr framenya.cuci bersih so masa ni la akak excersice. mana x pernah cuci tu boleh la bawak2 dicuci ye.
2.Letak cermin atas gulungan mirror sticker ambil marker pen dan lukis ikut bentuk cermin..dijadikan sukatan utk mudahkan masa proses nak dipotong nanti
-potong miror sticker ikut panjang dan lebar yg telah ditanda
3.Basahkan cermin dengan air yg bercampur sabun sikit. .nak wangi ko tambah syampoo anak ko.
4.Buka kepingan plastik dr mirror sticker yg telah dipotong ..plastik lapik ni sangat nipis kena betul2 tengok utk kopek tu
5.Tampal pada cermin..ratakan elok2..Gunakan kain utk tolak mirror sticker dr tengah ke tepi di samping hilangkan gelembung udara (air bubble)jika ada.Pasang mirror sticker ni pada SALAH SATU bahagian cermin sahaja.
6.Cermin yg telah siap dipasang mirror sticker letakkan kembali ditempat asal..di frame tingkap
Tu gambar bahagian dalam dan luar tingkap setelah dipasang mirror sticker..mudah sahaja nak pasang..kos murah dan x makan masa yg lama pun
Hehe cantik juga so xde la orang nampak nyata dr luar rumah sebab dah ditampal mirror sticker tu.
Sekian projek utk cantikkan rumah ko sempena raya haji bulan depan.
#mirrorsticker
#wallpaperutkcermin
#projekDIY
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.