Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

Ebit Lew Mahu Buka Restoran Free & Rumah Penginapan Untuk Golongan Gelandangan

MashaAllah! Semoga urusan ustaz Ebit Lew dipermudahkan.
23 Feb 2021, 10:57 AM
Rakyat Malaysia sudah tentu mengenali pendakwah bebas dan dermawan, Ebit Lew. Perkembangan terbaharu Ebit Lew kini adalah, beliau sedang merancang untuk meluaskan lagi kerja kemanusiaan dan kebajikan dengan membuka sebuah ‘Restoran Free’ di ibu negara yang menawarkan juadah percuma kepada pengunjungnya.

ebit lew mahu buka restoran free & rumah penginapan untuk golongan gelandangan

Ebit Lew memberi bayangan bahawa pembukaan restoran tersebut adalah untuk menyediakan makanan kepada yang benar-benar memerlukan dan kelaparan. Lokasi yang disasarkan untuk ‘Restoran Free’ ini adalah di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain rancangan pembukaan restoran tersebut, beliau turut mempunyai hasrat untuk mewujudkan tempat penginapan baharu untuk golongan gelandangan di ibu negara serta menyediakan tapak perniagaan untuk penjaja dan membantu mereka dari segi dana dan lain-lain.

Dalam sebuah hantaran di Facebook, Ebit Lew berkongsi bahawa rancangannya itu dibincangkan bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pada Isnin lalu.

ebit lew mahu buka restoran free & rumah penginapan untuk golongan gelandangan

“Pohon doakan. Banyak perkara dibincangkan bersama Tan Sri Annuar Musa demi orang miskin dan orang yang memerlukan.

“Sedih sayu tadi berbual tentang orang susah. Ramai yang sudah dibantu tapi ramai lagi yang masih memerlukan. Kami berbincang mengenai masalah kemiskinan dan kesusahan masyarakat kita,” katanya dalam hantaran itu.

Dalam pertemuan itu, Ebit turut berkongsi yang Annuar ada bertanya padanya tidak penatkah menjejalah ke sana sini dengan menggunakan kudrat dan dana yang banyak semata-mata untuk membantu golongan memerlukan.

“Jawab saya Tan Sri lagi penat. Saya cuma sedikit berbanding usaha kerajaan dan badan yang lain. Senyuman pada wajah orang miskin dan doa mereka sangat besar nilainya,” tulis Ebit Lew.
 

Pohon doakan yer. Banyak perkara dibincangkan bersama Tan Sri Annuar Musa demi orang miskin dan orang yang memerlukan....

Posted by Ebit Lew on Monday, February 22, 2021


Tujuan kerjasama beliau dengan Kementerian Wilayah Persekutuan adalah semata-mata untuk membantu masyarakat.

“Terima kasih Tan Sri. Semoga Allah beri kebaikan dan kekuatan terus membantu masyarakat. Semoga menjadi asbab kebaikan,” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook Ebit Lew / Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.