inspirasi Edika Yusuf Membawa Isteri Ke Fisioterapi Menyentuh Hati Warga Net Semangat Edika Yusof tidak pernah putus untuk menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri. Editor 08 Feb 2020, 07:00 AM Share Tweet Pelakon popular era 90an, Edika Yusof memuat naik klip video pendek di laman Instagram dua hari lepas menemani isterinya, Nor Hidayah Yusri yang sedang menjalani fisioterapi.Edika menulis di ruangan kapsyennya bahawa isterinya sudah 14 tahun tidak berdiri dan akhirnya dapat merasa berdiri selama 30 minit menggunakan alat fisioterapi ‘Tilt Table’.“Alhamdulillah. Kita tak pernah putus semangat. “Berserah tapi jangan menyerah.” View this post on Instagram Rehab Day 😊. 14 tahun tak berdiri , berdiri guna tilt table.😉. Dapat merasa 30min berdiri. Alhamdulillah Kita tidak pernah putus semangat. "Berserah tapi jangan menyerah" . . . #BerserahTapiJanganMenyerah #rehabcenter #PusatRehabilitasiCheras #hrccheras #TripleEShowcase #tripleE #ryanadda #edikayusof #edikayusofxx #hidayahA post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx) on Feb 5, 2020 at 2:38am PSTRata-rata warga net kagum dengan semangat Edika Yusof yang sentiasa berada di samping isteri dalam apa jua keadaan sekalipun.Netizen turut meninggalkan doa dan komen-komen yang positif di ruangan komen.Edika turut membalas pengikutnya di ruangan komen dengan ucapan terima kasihBeliau juga memuat naik sebuah gambar disertai dengan ucapan terima kasih kepada keluarga dan kawan rapat yang mendoakan dia dan isteri. View this post on Instagram Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alaamiin. Thank you so much to all friends and family for your support. It is very much appreciated. We are truly touch by all your kind Doa, words & thoughts. . . . . . #wetouchedbyyourkindness #trulyappreciate #lovefamily #berserahtapijanganmenyerahA post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx) on Feb 6, 2020 at 7:51am PSTEdika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh sejak 14 tahun dahulu.Sumber: Astro Gempak Share Tweet Filled Under : EdikaYusof isteri fisioterapi *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.