Artikel ini ditaja oleh Marriott Bonvoy Asia
Kredit: Canva & St Regis Langkawi; Edit: SINAR
Ada yang nak kahwin dalam masa terdekat ni ke? Patutlah kuat bau nasi minyak... Bakal pengantin pun tentunya semakin berdebar menghitung hari bahagia.
Bukan mudah sebenarnya nak menyempurnakan sebuah majlis perkahwinan ni. Bukan je melibatkan pengantin dan jamuan, tetapi lebih daripada itu. Setiap perancangan kenalah teliti dari hujung rambut ke hujung kaki, sehinggalah ke bab lokasi, hiasan, buah tangan untuk tetamu dan persediaan selepas majlis.
Ha, nampak senang tetapi yang pernah menguruskan persiapan sebuah majlis perkahwinan je tau betapa sukar dan renyahnya persediaan yang perlu dilakukan. Punyalah banyak perkara nak dibuat, sampai tak tahu nak mulakan daripada mana dan seawal mana.
Betul tak?
Untuk bakal raja sehari yang sedang melalui fasa ini, anda tidak berseorangan. Kekal tenang, senaraikan apa yang perlu dilakukan dan mula bertindak! Jangan tunggu hingga saat akhir! Salah satu caranya dengan pergi ke Festival Pengantin seperti Marriott Bonvoy Wedding Festival.
Apa yang menarik di Marriott Bonvoy Wedding Festival ni?
#1 Penyertaan dari kalangan hotel dan resorts di Malaysia
Ada lebih 20 hotel dan resorts yang mengambil bahagian, tentunya ada lebih banyak pilihan. Bolehlah survey pakej perkahwinan eksklusif, tawaran dan promosi serta lokasi yang bersesuaian dengan tema perkahwinan anda.
Kredit: Renaissance Kuala Lumpur Hotel
Nak perkahwinan dalam dewan, di tempat terbuka, ala taman, perkahwinan di pantai atau yang tertutup, semua pun boleh. Anda bincang dan dapatkan pandangan daripada pakar di sana.
#2 Banyak vendor dengan kepakaran pelbagai!
Warna apa yang trending tahun ni? Apa pula gubahan hantaran yang paling cun? Atau nak dapatkan nasihat serta inspirasi tentang pelamin, solekan serta idea goodies? Anda boleh tanya pada vendor yang ada di sini! Ada lebih 20 vendor yang mengambil bahagian! Tentunya banyak idea yang boleh diceduk.
#3 Dapatkan inspirasi daripada bengkel perkahwinan dan pertunjukan fesyen!
Bukan je boleh datang cuci mata tetapi anda boleh sertai bengkel berkaitan perkahwinan, ada pertunjukan fesyen dan pelbagai aktiviti menarik. Pendek kata semua yang anda perlukan untuk merealisasikan perkahwinan impian ada di sini!
#4 Ada cabutan bertuah
Kredit: W Maldives
Kredit: Sheraton Maldives Full Moon Resort & Spa
Siapa yang tak suka kalau menang cabutan bertuah, kan? Hadiah yang ditawarkan pun bukan main-main tau antaranya pakej bulan madu selama 4 hari 3 malam di salah satu daripada resort ni:
- W Maldives
- Sheraton Maldives Full Moon Resort & Spa
- The Westin Maldives Miriandhoo Resort
- Le Méridien Maldives Resort & Spa
#5 Masuk PERCUMA, siap ada jamuan ringan lagi tau!
Ha, ni memang betul. Tak perlu daftar dan tiada bayaran dikenakan. Hanya nikmati pengisian yang disediakan, enjoy jamuan ringan dan aktiviti yang disediakan.
Kredit: Canva
Untuk bakal raja sehari dan mak ayah bakal pengantin, tak perlu pening-pening lagi. Anda boleh realisasikan perkahwinan impian dengan Marriott Bonvoy Wedding Festival.
Bila dan di mana Marriott Bonvoy Wedding Festival ni berlangsung?
Jom datang beramai-ramai ke Marriott Bonvoy Wedding Festival pada 29 & 30 Julai ini di Sentul Depot Kuala Lumpur.
Dan kalau anda Marriott Bonvoy Members yang memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan di Marriott, anda akan dapat mata yang boleh ditebus dengan pakej bulan madu. Dan tentunya pelbagai ganjaran hebat menanti anda! Mantap kan?
Bakal raja sehari, apa tunggu lagi? Inilah masanya anda hadir ke Marriott Bonvoy Wedding Festival untuk realisasikan perkahwinan impian!