Menara Berkembar Petronas atau juga dikenali sebagai KLCC, suatu ketika pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 88 tingkat.
Bangunan ini direka oleh jurubina, César Pelli dari Argentina dan siap sepenuhnya pada tahun 1998. Ia dibina sebanyak dua menara, dikenali dengan Menara 1 dan Menara 2.
Terdapat juga jejantas udara yang menyambungkan Menara 1 dan Menara 2. Jambatan ini merupakan jambatan kedua tertinggi di dunia.
Menarik tentang jambatan ini adalah, ia tidak dipasang terus kepada struktur menara dan bukan juga bertujuan untuk kestabilan, sebaliknya jambatan ini bertujuan sebagai laluan kecemasan. Jika berlaku misalnya kebakaran pada Menara 1, maka orang ramai boleh berlari ke Menara 2, begitu juga sebaliknya.
So ada sesiapa yang pernah pergi KLCC?
Sumber: Visit Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.