Oleh: Aimi Nordin Sumber: Cosmopolitan.my
1. Tekak Gatal
Korang mesti buat benda yang sama juga kan? Bila sakit tekak, kita mesti akan garu telinga nak hilangkan rasa gatal tekak. Tapi memang ada kajian yang membuktikan bahawa menggaru telinga memang menghilangkan kegatalan anak tekak sebab ianya merangsang deria otot yang berkait rapat dengan tekak.
2. Gangguan Pendengaran
Kalau korang tiba-tiba rasa macam kurang pendengaran, gunakan telinga kanan untuk mendengar kerana telinga kanan mendengar ucapan dengan lebih baik berbanding telinga kiri. Pendengaran telinga terganggu selalunya disebabkan masalah selesema.
3. Takut Jarum Suntikan
Kalau rasa takut dengan jarum nak kena cucuk, haa macam doktor nak cucuk tu berdehem atau batuk je. Batuk menyebabkan paras darah meingkat dan trik ini terbaik untuk menahan kesakitan jarum.
4. Melegakan Sakit Gigi
Sementara menahan sakit gigi sebelum berjumpa doktor, gosok kiub ais di tapak tangan, di antara ibu jari dan jari telunjuk. Terdapat deria di bahagian itu yang berkait rapat dalam mengurangkan kesakitan gigi.
5. Hidung Tersumbat
Memang terseksa kalau hidung tersumbat lepas tu nak kena bernafas guna mulut pula. Tekan lidah ke lelangit mulut atau tekan bahagian tengah di antara kening kamu menggunakan jari selama 20 saat. Boleh juga guna wap air panas untuk legakan hidung tersumbat.
6. Anxiety atau Gemuruh
Tiup ibu jari perlahan-lahan tetapi kerap kali.
Fakta: Ibu jari kita ada deria. Jika kita tiup ia akan meredakan degupan jantung.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.