Betik merupakan buahan yang sinonim dengan rakyat Malaysia, selain dijadikan pencuci mulut, betik juga sering dijadikan menu makanan untuk disajikan.
Namun begitu, ramai juga yang tidak menggemari buah berwarna jingga ini dengan sebab – sebab tertentu.
Tapi tahukah anda selain mempunyai khasiat yang tinggi untuk tubuh badan, betik juga mempunyai banyak manfaat untuk kulit dan rambut.
Menyuburkan Kulit
Betik kaya dengan vitamin A dan enzim papain. Anda boleh menggunakan betik sebagai masker buatan sendiri dengan mencampurkan betuk yang dilenyelkan beserta madu untuk menghidrat kulit anda dan menghilangkan sel kulit mati.
Merawat Rambut
Untuk merawat supaya menjadi licin dan lembut, anda boleh mencampurkan minyak badam dan zaitun dan sapuka pada rambut serta kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang sejam sebelum mencuci kepala anda.
Merawat Tumit Retak
Sapukan pes petik segar selama setengah jam di tumit yang retak untuk merawat tumit anda. Amalkan 2 kali seminggu.
Mengurangkan Jerawat
Kulit betik segar boleh disapu pada muka, atau pes betik segar yang dilenyek juga boleh digunakan pada muka untuk menghilangkan jerawat dan bintik hitam. Asid alfa-hydroxy dalam buah ini menjadikannya berasid secara semulajadi, yang membantu dalam mengurangkan jerawat dan juga memerangi penuaan.
Mengurangkan Tompok Hitam
Betik dicampur dengan susu mengurangkan tompok-tompok hitam pada kulit anda. Malah, ia juga mampu sekatakan tona kulit. Susu melengkapi betik dalam memberi keajaiban dalam meningkatkan keserian kulit anda.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.