Sakit kat pergelangan tangan, atau nama glamour dia DeQuervain's tenosynovitis. Biasa jadi pada ibu-ibu yang baru bersalin.
Haah, nak sebut pun terbelit lidah.
Penyakit ni sangat biasa berlaku pada wanita, terutama wanita selepas bersalin.
Biasanya sebab overuse of hand and thumb, angkat berat, contoh angkat baby kecil.
Biasa berlaku pada tangan dominan, maknanya kalau right handed, biasanya akan sakit pada tangan kanan dan sebaliknya.
Kalau dr suspect penyakit ni, Dr akan buat Finkelstein test. Test ni simple je. Dr akan suruh patient genggam tangan dengan ibu jari didalam genggaman dan dibengkokkan ke arah jari kelingking. Kalau sakit semakin teruk, maka test itu positive, jadi sah la ada penyakit DeQuervain's tenosynovitis ni.
So apa nak buat?
1. Pakai brace atau sekurang-kurangnya wrist support.
2. Ubat tahan sakit dan anti keradangan.
3. Hand exercise
4. Ice pack pada tempat yang sakit.
5. Suntikan ubat anti keradangan pada tempat yang sakit.
6. Pembedahan.
Sakit ni boleh berulang pada masa akan datang walaupun dah baik.
Semoga bermanfaat.
Poliklinik Az-Zaara
Taman Dato' Ahmad Razali Ampang
03-42663686/011-52300300
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.