Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

Ini Rupanya Bahan Disebalik Wasabi Yang Kita Tak Pernah Tahu

Pasta wasabi berwarna hijau sering menjadi
Editor
22 Dec 2017, 11:42 AM

ini rupanya bahan disebalik wasabi yang kita tak pernah tahu

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber & Foto Kompas.com , myrokam.com Wired.com dan FB Great Big Story

Pasta wasabi berwarna hijau sering menjadi perasa tambahan untuk makanan Jepun iaitu sushi atau pun sashimi.

Menurut seorang chef Hideki Chomei kegunaan wasabi ini adalah pada aromanya untuk menghilangkan bau hamis dan mentah pada ikan.

Aroma dan rasa wasabi sangat unik, bukan pedas biasa yang membakar mulut tetapi terus menangkap di hidung. Sesiapa yang baru mencuba untuk pertama kali pasti akan membuat mereka terkejut.

Orang Jepun percaya yang wasabi mampu membunuh bakteria di ikan namun sejauh manakah kebenaran itu tidak diketahui.

Tetapi tahukah anda, kebanyakkan wasabi yang digunakan adalah wasabi tiruan. Wasabi tumbuh berhampiran kawasan  anak – anak air dan sungai dikawasan lembah di Jepun. Penanaman wasabi perlu dilakukan berhampiran punca air, namun tidak ditanam di dalam air.

ini rupanya bahan disebalik wasabi yang kita tak pernah tahuPenggunaan wasabi pada asalnya adalah bertujuan untuk mengelakkan keracunan makanan daripada memakan ikan mentah – dan bukan kerana rasanya yang pedas. Ia dikatakan mula digunakan di daerah “Nara prefecture”, terletak di Selatan Jepun.

Bahagian yang digunakan pada tumbuhan wasabi adalah bahagian batangnya walaupun ramai yang menyangka ianya adalah bahagian akar atau rizom.

Pasta wasabi segar hanya boleh dibuat di Jepun kerana terdapat pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi dan salah – satunya adalah menggunakan air mata air.

Disebabkan wasabi merupakan tumbuhan yang sukar ditanam dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Wasabi tiruan dihasilkan menggunakan campuran horsedish, mustard, kanji dan juga bahan pewarna.

Gabungkan bahan tersebut dilabelkan sebagai wasabi, Horseradish menghasilkan rasa sengit seperti juga wasabi kerana mengandungi bahan yang sama iaitu isothiocyanate.

Perbezaan yang paling ketara antara kedua bahan ini adalah warnanya yang lebih terang berbanding wasabi yang mempunyai warna hijau semulajadi.


Dengar Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm
 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us