
Terbaru, masyarakat di Malaysia digemparkan dengan berita anak meninggal kerana ibunya tidak sengaja terlupa anaknya tinggal dalam kereta. Bayi tersebut dikatakan tidak sengaja meninggalkan bayinya yang berumur 2 tahun selama 4 jam di parking kereta di sebuah kolej.
Seperti mimpi ngeri yang singgah, mungkin itulah perasaan ibu tersebut dan rata - rata menyuarakan rasa simpati dan ada juga yang mengecam kelakuan ibu tersebut.
Doktor Taufiq Razif tampil memberi penerangan dan berkongsi tentang 'Forgotten Baby Syndrome'' boleh terjadi pada sesiapa.
Jangan Kecam Ibu Ini
Siapa tak sebak bila baca ibu ni tertinggal anak sendiri dalam kereta hingga si anak meninggal dunia akibat strok haba kan tapi saya tak berani nak kecam ibu ni sebab benda yang sama pun boleh berlaku pada saya dan kita semua sebenarnya.
Ni la namanya FORGOTTEN BABY SYNDROME!
Kita semua ada 2 jenis sistem memori. Habit Memory dan Prospective Memory. Habit Memory adalah ingatan pada benda yang jadi rutin. Macam yang terjadi pada ibu ni la. Rutin dia pergi naik kereta dan pergi sekolah. Prospective Memory pula adalah ingatan pada benda yang di luar rutin kita. Contohnya yang terjadi pada ibu ni adalah dia bawa anak dia kat dalam kereta tu.
Habit Memory ni lagi kuat daripada Prospective Memory sebab benda tu dah jadi rutin kan. Kalau kena ganggu sikit je Prospective Memory ni akan jadi kacau dan diambil alih oleh Habit Memory.
Tu yang si ibu tu boleh TERLUPA sebab ada distractions! Mungkin disebabkan kerja yang menimbun dan mungkin juga disebabkan kekalutan. Wallahua'lam.
Saya percaya ibu mana tak sayang anak kan. Lebih-lebih lagi anak sendiri tapi itulah, Forgotten Baby Syndrome ni boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun si ibu ataupun bapa tu adalah parent yang paling penyayang kat atas dunia sekalipun! Malahan ada beratus-ratus kes yang sama juga berlaku di seluruh dunia.
Apa pun, untuk elakkan benda camni kita boleh jadikan beberapa perkara ni jadi HABIT kita :
+ Periksa tempat duduk belakang sebelum keluar kereta
+ Letak kasut pejabat di bahagian belakang supaya setiap kali sampai ke tempat kerja kita akan toleh ke belakang dulu
+ Jadikan rutin untuk periksa tempat duduk belakang sebelum kunci kereta
+ letak mainan yang berbunyi kalau bawa bayi supaya kita alert ada bayi di belakang sana
p/s : Tolong ajarkan ilmu ni kat pasangan dan mak ayah yang belum tahu ye.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.