Oleh Feyra Nasrom Sumber : livestrong.com
Minuman detox memang cukup bagus untuk membuang segala toksin dalam badan, tapi tahukah anda, detox tidak boleh diambil kerap kali terutama detox lemon. Pengambilan detox setiap hari atau berulang kali akan menyebabkan anda terima kesan yang buruk untuk kesihatan. Jadi, untuk mengelakkan sesuatu buruk berlaku, kurangkan pengambilan detox lemon ini. Mungkin ada yang tidak tahu kesan sampingannya, baca teks penuh dekat bawah ni:
Gigi terhakis
Lemon buah yang berasid. Jika diambil kerap kali, acid lemon akan menghakis enamel gigi dan membuatkan gigi sangat sensitif dan mudah ngilu pada makanan sejuk dan panas.
Pedih ulu hati
Ditambah dengan rasa masam dan diambil setiap hari akan menyebabkan pedih ulu hati. Selain itu, anda akan mengalami sakit perut dan pedih.
Kerap buang air dan dehidrasi
Air lemon mempunyai vitamin C yang tinggi. Pengeluaran air kencing meningkat disebabkan nutrien ini terkenal dengan sifat diuretic yang membuatkan anda kerap membuang air kecil.
Dehidrasi akan berlaku apabila mulut anda mula kering, kulit kering dan sakit kepala, jadi kurnagkan pengambilan air lemon.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.