
Bagi yang masih single mesti cemburu melihat rakan - rakan lain yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak tetapi anda masih lagi hidup sendiri dan membujang.
Bertambah stress bila ada pula mulut dan sikap ambik berat orang luar yang sering bertanya bila nak kahwin.
Tapi, kenapa perlu terburu-buru? Menurut kajian, berkahwin juga ada umur terbaiknya.
Menurut wartawan Brian Christian dan penyelidik bidang kognitif Tom Griffiths, sebaiknya anda mengikuti Aturan 37% jika ingin mencari pasangan hidup.
Peraturan ini akan mengira secara algoritma dan membantu memutuskan sesuatu. Anda perlu menapis pelbagai pilihan dalam masa terhad dan jika dilaksanakan, contohnya diandaikan bahawa mencari pasangan dilakukan dari usia 18-40 tahun, maka usia terbaik untuk berkahwin adalah usia 26 tahun.
Ada yang menganggap usia tersebut masih muda dan masih belum puas untuk berhibur, tapi jika anda berkahwin selepas usia tersebut, akan ada penurunan kesempatan mencari pendamping hidup yang baik.
Tapi ia hanya kajian sahaja kerana jodoh datang pada bila-bila saja dan tiada siapa tahu bila.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.