Olahan Razzlyn Rosli.
Ramai yang tak tahu bahawa perut buncit ini ada kategorinya dengan penyebab yang mungkin berbeza.
5 jenis masalah perut buncit ini selalu dialami wanita, cuba perhatikan mana tahu kena dengan keadaan perut anda.
1. PERUT PIR (PEAR TUMMY)
Dimiliki oleh orang yang berpinggang ramping tetapi bahagian bawah perut lebih besar dengan ada lebihan lemak di pinggul. Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.
Perut Pir adalah disebabkan faktor estrogen atau pun genetik dan juga
Sebahagian wanita mengalami perut pir ini kerana faktor estrogen, sama ada akibat genetik atau ketidakseimbangan hormon.
Estrogen bertanggungjawab untuk menciptakan potongan tubuh feminin pada wanita apabila baligh selain turut mencipta punggung dan paha yang bulat, serta menyediakan lemak sewaktu hamil.
Jika sel-sel lemak di bahagian ini, yang sensitif untuk hormon wanita, dihasilkan secara berlebihan, berat badan akan terus berkumpul dan menyebabkan bentuk tubuh seperti buah pir. Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.
2. PERUT IBU (MUMMY TUMMY)
Selepas tiga bulan bersalin, perut anda akan masih kelihatan seperti hamil. Bahagian perut akan kendur, tiada bentuk dan juga mungkin menggeleber. Ini disebabkan kan otot – otot perut terbahagi menyebabkan rahim dan perut melebar mengikuti perkembangan bayi.
Selepas bersalin, kedua sisi otot akan bersatu secara semulajadi dan jika ia tidak berlaku, perut akan kelihatan besar dan buncit. Perkara ini akan diatasi secara semulajadi dan mengambil masa lima hingga tujuh bulan untuk kembali kempis dan rata.
3. PERUT TIROID (THYROID TUMMY)
Perut tiroid adalah disebabkan kalenjar berbentuk kupu – kupu di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Kalejar ini bukan hanya menyebabkan perut buncit tetapi dia juga membuatkan bahagian lain kelihatan membengkak.
Tanda – tanda tiroid yang anda harus awasi adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisma lambat. Dapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlaku ke atas anda.
4. PERUT STRES (STRESS TUMMY)
Ramai yang tidak tahu, stress juga antara satu penyebab perut buncit. Buncit jenis ini menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai hingga ke bawah perut. Penyebab masalah ini, menurut Dr Marilyn Glnevile, penulis Fat Around the Middle, adalah berada dalam situasi stres.
“Bila stres dan tiada aktiviti fizikal dilakukan semua kelebihan energi tidak akan pergi ke mana-mana. Jadi, ia hanya akan disimpan kembali sebagai lemak," katanya.
Atasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit tapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.
5. PERUT KEMBUNG (BLOATED TUMMY)
Bentuk perut jenis ini seperti menggelembung. Biasanya pada pagi hari perut kelihatan kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Walaupun perut membesar tapi berat badan mereka tak berubah.
Satu dari penyebab utamanya adalah angin. Ketika makanan dihancurkan sewaktu menuju usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas.
Namun, jika bakteri usus mengalami kesukaran menghancurkan makanan tertentu, ia akan melakukan fermentasi, menghasilkan lebih banyak gas yang akhirnya mendorong dinding perut menonjol ke arah luar.
Untuk mengatasi masalah ini, hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuk hidangan pedas dan pemanis buatan. Selain itu menelan terlalu banyak udara, seperti ketika mengunyah gula-gula getah atau minum melalui straw juga dapat menyebabkan kembung.
Ok, sekarang perhatikan perut masing-masing. Tengok anda jenis yang mana.
Sumber: Kompas.com