Pernah korang terfikir tak tentang pekerjaan yang hanya makan, makan dan makan. Bukan setakat kenyang, korang juga dibayar gaji yang sangat lumayan.
Ya, pekerjaan seperti ini sememangnya wujud. Beberapa hari lepas, salah sebuah firma mengeluarkan iklan untuk mencari pekerja baru yang dikenali seagai Chef Grilling Officer. Pekerjaan ini memerlukan korang untuk menjelajah seluruh United States dan merasa, menulis komen serta pandangan tentang makanan itu.
Yang paling menarik tentang pekerjaan ini adalah bayaran yang anda terima. Anda akan menerima $10,000 iaitu sekitar RM40,700 untuk dua minggu perjalanan merentasi Amerika. Wow! Banyaknya
Sumber: thrillist.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.