
Mesti ramai yang tak tahu lipatan belakang baju kemeja lelaki sebenarnya ada tujuan dan fungsi tersendiri.
1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat
Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Untuk lelaki yang kurus dan tak ada perut, jika memakai kemeja jenis ini kebiasaannya akan kelihatan kurang kemas.
2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan @ Side Pleat
Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan.
3. Tiada Lipatan @ Pleatless
Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan muatan di bahagian perut atau bahagian badan yang lain.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.