
Oleh Ezaura Rafe.
Masalah utama kulit apabila liang pori di muka kita terbuka. Bila terbuka ia boleh mengundang kepada masalah whitehead dengan blackhead. Untuk mengelakkan dari muka kita lebih teruk dan timbul jerawat, Ais sangat berguna untuk kecantikan. Ini antara kelebihan gunakan ais di muka kita.
ais lebih elok letak di muka setiap pagi
Ais boleh membantu mengurangkan makeup dari diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Jadi untuk kurangkan, setiap pagi korang boleh letak ais diseluruh muka.
Selain dari itu, ais juga boleh melancarkan peredaran darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam.
Bagi sesiapa yang mempunyai masalah mata yang sembab, korang boleh gunakan ais, letak di bawah mata. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.