Oleh: Aimi Nordin Sumber: Travelandleisure
Pernah tak terfikir bagaimana tandas dalam kapal terbang berfungsi?
Apabila anda menekan butang flush, injap akan dibuka di bawah mangkuk tandas dan mendedahkan tandas kepada vakum pneumatik. Vakum tandas itu memutarkan kandungannya dan keluarkan semua sisa yang dikumpul termasuk cecair biru, ke dalam "sistem sisa tertutup."
Bagaimanapun, ramai yang percaya juruterbang boleh buangkan sisa najis tersebut ke bawah. Sebenarnya tidak! Juruterbang tak ada keupayaan untuk menanggalkan tandas dan biarkan ia jatuh semasa penerbangan. Jika ada yang terjumpa 'ais biru' jatuh ia sebenarnya mungkin disebabkan kebocoran tangki kumbahan atau tiub longkang yang membeku pada pesawat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.