Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

Menu Sarapan Awesome Yang Menggunakan Susu!

Wahh! Rasa terliur terus bila tengok resepi ni semua!
Editor
10 Sep 2018, 08:53 AM

Kredit imej:  pixabay.com

Sarapan pagi adalah antara rutin paling penting untuk semua orang kerana ia memberikan sumber tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti seharian. Namun begitu, kadang - kala mesti kita penat fikir sebab tak ada idea nak buat sarapan apa kan? 

Ini kami kongsikan idea menu sarapan mudah yang anda boleh buat sendiri kat rumah!

menu sarapan awesome yang menggunakan susu!

Roti Telur Gebu

Bahan - bahan

  • 6 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar tepung serbaguna
  • ½ cawan susu Full Cream Milk Farm Fresh
  • ½ sudu the serbuk kayu manis
  • ½ sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Mentega secukupnya.

Penyediaan

  • Campur semua bahan diatas kecuali roti dan mentega kemudian rendamkan roti. 
  • Panaskan kuali dan letakan mentega.
  • Masukkan roti sehingga keperangan dan hidangkan.

menu sarapan awesome yang menggunakan susu!Omelet Keju

Bahan - bahan

  • 2 biji telur
  • ½ cawan susu Full Cream Milk Farm Fresh
  • ¼ cawan keju yang dipotong dadu
  • ½ ulas bawang dipotong dadu
  • ½ batang cili merah dihiris halus
  • ¼ tomato dipotong dadu
  • Sedikit daun bawang dihiris halus
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak atau mentega secukupnya

Cara Penyediaan

  • Pukul telur kemudian campurkan semua bahan di atas kecuali keju dan minyak.
  • Panaskan kuali bersama minyak.
  • Tuangkan adunan tadi dan tunggu sehingga bahagian bawah telur masak sedikit kemudian masukan keju.
  • Tunggu sehingga masak dan hidangkan. 

menu sarapan awesome yang menggunakan susu!

Cokelat Cip Strawberi Pancake

Bahan - bahan

  • 1 cawan tepung serbaguna
  •  ½ cawan susu Chocolate Milk Farm Fresh
  • 1 biji telur ( dipukul dahulu dalam mangkuk lain)
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 2 sudu cokelat cip
  • Mentega secukupnya untuk goreng
  • Sirap Mapple
  • Strawberi atau pisang

Cara Penyediaan

  • Campur tepung bersama susu kemudian diikuti dengan telur, gula kastor, serbuk penaik.
  • Panaskan kuali bersama mentega.
  • Masukkan adunan pancake anda dan terbalikkan bila ia mula bertukar warna perang.
  • Hidangkan bersama dengan sirap mapple dan juga buah - buahan.

menu sarapan awesome yang menggunakan susu!

Smoothie Blueberry Bersama Pisang

Bahan - bahan

2 cawan blueberry beku

  • 1 cawan Skinny Natural Yogurt Farm Fresh
  • 1 biji pisang
  • 1/2 cawan susu Skinny Milk Farm Fresh
  • Ais kiub jika diperlukan

Cara Penyediaan

  • Letakkan blueberry, pisang, yogurt dan susu dalam mesin pengisar.
  • Kisar sehingga mencapai tekstur yang anda inginkan.
  • Tuang ke dalam dua gelas tinggi dan segera dihidangkan. 

menu sarapan awesome yang menggunakan susu!

Salad Buah - Buahan

Bahan - bahan

  •  ½ cawan Strawberi
  • 1 biji Pisang
  • 1 biji Apple
  • ¼ biji Nenas
  • 1 cawan susu Full Cream Milk Farm Fresh

*Anda boleh guna gabungan buah- buahan pilihan sendiri.

Cara Penyediaan

  • Potong semua buah - buahan di atas mengikut saiz yang anda inginkan
  • Hidangkan di dalam mangkuk bersama susu. 

Terliur tak bila tengok resepi sarapan kat atas ni? Mudah je nak buat semua tau dan boleh siap kurang dari 5 minit je. Jadi lepas ni tak ada alasan untuk tak sempat sarapan ya! 

Untuk hidangan yang lebih sedap dan segar, anda boleh gunakan produk dari Farm Fresh yang merupakan 100% susu segar, tiada bahan pengawet dan pewarna, 100% dispastur atau mana- mana bahan-bahan asing. 

menu sarapan awesome yang menggunakan susu!

Farm Fresh juga ada mengeluarkan produk terbaru iaitu Susu UHT (Ultra High Temperature) yang menggunakan teknologi pemprosesan makanan yang mensterilkan makanan cair terutamanya susu dengan memanaskannya melebihi 135 darjah celsius, suhu yang diperlukan untuk membunuh spora dalam susu selama 1 hingga 2 saat.

menu sarapan awesome yang menggunakan susu!Farm Fresh terdapat dalam pelbagai perisa susu segar, minuman yogurt dan yogurt berperisa. Produk Susu Farm Fresh juga terdiri daripada kurma, cafe latte, coklat manakala yogurt berperisa mempunyai perisa mangga , mixbery dan strawberi. 

Bagi ibu-ibu yang mengandung mahupun yang sedang menyusu dan ingin mencari susu booster apa kata anda mencuba Farm Fresh Susu Kurma. Susu ini sangat kaya dengan zat besi yang sangat membantu pertumbuhan sel darah merah untuk bayi.

Susu UHT ini juga mempunyai jangka hayat lebih kurang 1 tahun dan boleh disimpan di dalam suhu bilik tanpa perlukan chiller. Anda boleh dapatkan  produk Farm Fresh di pasar raya berdekatan anda! Untuk info lanjut anda boleh layari  www.farmfresh.com.my.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us