Bila tengok ada bintik hitam ataupun blackhead di wajah, mesti kita stress kan terutamanya kaum wanita. Jangan risau, ini ada jalan penyelesaian mudah yang anda boleh cuba buat di rumah dan bahan-bahannya juga cukup mudah untuk disediakan.
Dengan menggunakan berus gigi, masalah bintik hitam akan hilang dengan segera.
Bahan-bahan
Sediakan 1 sudu teh ubat gigi
1 sudu teh serbuk penaik
Air suam secukupnya
Tuala
Langkah-langkah penyediaan
1. Cuci wajah sehingga bersih terlebih dahulu
2. Ambil tuala dan celup ke dalam air suam, kemudian usap tuala tersebut pada kawasan berbintik. Tujuan ini adalah untuk membuka liang pori serta mencegah bakteria dari tangan dan kuku masuk ke liang pori.
3. Sediakan satu bekas, campur ubat gigi, serbuk penaik dan air kedalam bekas tersebut. Kacau hingga rata.
4. Sapu campuran ubat gigi tadi di bahagian berbintik hitam, gosok dengan berus gigi selama beberapa minit.
5. Selepas gosok, korang biarkan 1-2 minit sebelum cuci muka korang dengan air suam.
Selamat mencuba!
Sumber: CARI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.