Seorang pemuda dari Malaysia mendedahkan dirinya sering dipandang rendah dengan kerjanya sebagai tukang cuci di Singapura.
Namun, dia tetap kuat dan bersemangat untuk terus bekerja serta tidak pernah membuatkan pemuda ini berkecil hati atau sedih.
Bagi Shahril Nizam Suhaimi, dia mengakui dirinya selesa dengan kerjaya dimiliki ketika ini biarpun mengakui pada mulanya dia juga bimbang berhadapan sentimen orang yang masih melihat kerja sebagai tukang cuci sebagai pekerjaan kelas bawahan.
Berusia 25 tahun, lelaki itu berkongsi pengalaman kerjanya sebagai tukang cuci di Pulau Bukom, Singapura sejak lebih setahun lalu dan meraih perhatian netizen di akaun sosial itu.
Dia sudah bekerja di Singapura hampir tiga tahun lalu dan tukang cuci adalah kerja kedua selepas dia berhenti kerja sebagai pembantu restoran.
Lebih menambat hati apabila dia memilih bekerja di seberang tambak itu untuk mencari wang tambahan sebagai persediaan untuk majlis perkahwinannya tahun lalu.
Malah, dia sanggup berulang-alik dari Gelang Patah ke Singapura hampir setiap hari.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.