Lima bulan terlantar akibat diserang penyakit angin ahmar, namun Anizahanum Hashim, 53, tidak keseorangan apabila dia mendapat sokongan daripada
Suami setia menjaga isterinya walaupun sudah hampir lima bulan terlantar akibat diserang penyakit angin ahmar.

Mohd. Azari Marjono sanggup berhenti kerja sebagai buruh binaan untuk memberikan fokus dan menjaga isteri tercintanya itu.
Sebelum ini, pendapatannya mencecah kira-kira RM2,000 sebulan dan dibantu isteri yang bekerja butik di sebuah pusat beli-belah untuk menampung keperluan tiga anak mereka.
“Duit simpanan kami hampir susut kerana dibelanjakan untuk membeli peralatan dan ubat-ubatan.
“Kadangkala anak-anak saya juga tidak ke sekolah kerana membantu menjaga ibu mereka jika saya mempunyai urusan di luar,” katanya.
Menurut laporan Kosmo Online, susu formula, lampin pakai buang dan ubat-ubatan antara keperluan bulanan isterinya mencecah RM2,000.
Setakat ini, dia hanya mengambil upah menyelenggara kelengkapan sebuah gimnasium pada hujung minggu dengan pendapatan sebanyak RM500.
“Setakat ini, saya sudah memohon bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun semuanya masih dalam proses berikutan perlu mendapat laporan perubatan.
“Bekalan air di rumah juga kerap terganggu dan fokus saya adalah membeli mesin penapis air yang boleh memproses air berkualiti untuk pemulihan secara dalaman bernilai RM5,000,” ujarnya.
Mohd. Azari boleh dihubungi di talian 011-11581003 jika ingin memberikan bantuan buat keluarga ini.
Sumber: Kosmo Online
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.