Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Brilio.Net
Pasti ada yang perasan benda bulat berwarna hitam di hujung kepala charger. Pernah tak diantara anda terfikir apa sebenarnya fungsi benda hitam terbabit.
Benda bulat hitam sebenarnya bernama ferrite bead / ferrite core yang berfungsi untuk mengumpulElectromagnetic Interference (EMI). EMI merupakan gelombang yang melintas di dalam kabel ketika disambungkan dengan tenaga elektrik.
EMI inilah yang menyebabkan gambar di komputer atau televisyen menjadi tidak stabil jika ia diletakkan berdekatan dengan telefon bimbit yang sedang menerima panggilan berdekatan monitor.
Dengar Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.