
Sumber: Siakapkeli Oleh: Amira
Pernah tak rumah korang dipenuhi kelkatu pada waktu malam terutama di bahagian lampu? Bila bangun keesokan paginya semua kelkatu tu dah hilang, yang tinggal hanya sayapnya sahaja. Ke mana hilangnya semua kelkatu tu eh?
Korang tahu tak sebenarnya kelkatu adalah anai-anai? Ye, anai-anai dan kelkatu adalah serangga yang sama.
Anai-anai ada kasta dan setiap jenis kasta ada fungsi masing-masing. Setiap koloni anai-anai terdiri daripada pekerja, askar, pembiak dan semestinya ada raja dan ratu.
Kehidupan anak-anai bermula dari telur. Telur akan bertukar menjadi larva. Dari larva ni lah ia akan bertukar menjadi askar, pekerja atau pembiak.

Pekerja

Buat kerja-kerja seharian
Jaga ratu
Baiki sarang
Beri anai-anai lain makan
Jaga telur
Cari makanan
Inilah anai-anai yang makan kayu
Askar

Hanya untuk melindungi koloni
Pembiak
Selepas larva, anai-anai kasta pembiak akan bertukar jadi nymph kemudian proses molting.
Sebelum matang = kelkatu
Kelkatu ni sebenarnya sangat susah untuk dihasilkan, iaitu mungkin lebih dari 4 tahun.
Bila dah sampai masa yang sesuai. Anai-anai bersayap (kelkatu) ni akan keluar dari sarah mereka secara berkelompok untuk buat koloni baru. Masa nak buat koloni baru ni (cari pasangan), masa ni lah lampu rumah korang penuh dengan diorang je. Bila kelkatu jantan dah jumpa betina, diorang akan jatuh ke tanah dan sayap tertanggal.
Lepas tu, diorang akan korek tanah atau kayu untuk mulakan koloni baru.
Jadi lepasni, kalau nampak sayap kelkatu bersepah diorang baru lepas proses nak mulakan cari kroni baru okay?
Terakhir sekali kelkatu sebenarnya anai-anai!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.