Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

Tips Jika Ingin Menjadi Backpacker Solo Wanita

Ketabahan dan Kekuatan untuk menempuh seorang diri..
Editor
14 Oct 2019, 11:25 AM

Untuk menjadi seorang pengembara perlu tabah untuk menempuh bahaya terumanya golongan wanita. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda mengambil keputusan untuk bergerak solo. Aspek yang penting seorang wanita perlu ambil tahu ialah keyakinan, ilmu yang cukup beserta tawakal
kepadaNya..
 
tips jika ingin menjadi backpacker solo wanita

Pilihan Destinasi Yang Terbaik

Jika kali pertama anda ingin mengambara secara solo, pastikan anda tidak memilih destinasi yang mencabar dari segi keselamatan, bahasa dan pengangkutan. Negara di benua Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia sering menjadi pilihan pelancong kerana penduduknya yang ramah, mempunyai pelbagai budaya serta kos menetap disana rendah berbanding negara luar.

Lakukan Kajian Yang Mendalam Terhadap Destinasi Yang Ingin Dituju

Anda boleh layari Internet untuk ketahui pengalaman pelancong lain yang pernah pergi ke destinasi yang anda ingin tuju. Boleh juga baca buku panduan tentang destinasi anda untuk pastikan pemilihan penginapan yang selamat. Lebih mudah jika anda mempelajari sedikit bahasa yang digunakan di kawasan tersebut, dan juga pastikan anda membawa  gadget yang dilengkapi dengan “travel apps” supaya dapat membantu anda ketika mengembara.

Bawa Barang Yang Penting Sahaja 

Elakkan bawa barang terlampau banyak, lupakan tentang makeup, aksesori dan pakaian yang berlebihan, ini untuk menyenangkan anda untuk membawa backpack kemana-mana.
 
Simpan Barang Berharga 

Barang berharga terutamanya dokumen pengenalan diri dan duit anda perlu disimpan di tempat yang selamat. Pastikan anda mempunyai salinan pengenalan diri sebagai langkah berjaga jika berlaku kehilangan.
 
Sentiasa Yakin 

Untuk menjadi backpacker solo bukan mudah, anda perlu berani untuk bertanya, tidak kelihatan takut adalah kunci kepada keselamatan anda. Perlu nampak yakin supaya tidak menjadi target untuk perkara yang tidak diingini.
 
Penggunaan Pengankutan Yang Berdaftar

Gunakan pengangkutan yang berdaftar untuk elak perkara yang tak diingini seperti rompakan dan rogol terhadap pelancong. Tambahan pula, selain dari negara kita yang ada menyediakan pengangkutan khas untuk wanita, negara lain seperti, Japan, Egypt, Indonesia, dan Filipina juga ada menyediakan perkhidmatan yang sama. 

Berwaspada Dengan lelaki Tempatan 

Anda perlu jaga batas anda untuk berkawan dengan lelaki tempatan, elakkan beri alamat tempat anda tinggal kepada mereka, elakkan keluar bedua-duaan serta terlalu mesra. Praktiskan apa yang anda lakukan di kawasan anda ketika mengembara. Elakkan juga berjalan di kawasan gelap jika berseorangan. Ada beberapa kawasan “black area” yang mungkin anda tidak ketahui. Hanya pastikan anda di tempat yang selamat. 

Sumber : Backpackerzmag

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }