omnomnom Cair Dalam Setiap Suapan! Jom Cuba Buat Resepi Dadih Susu Viral Ni Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang! Editor 03 May 2019, 03:34 PM Share Tweet Nak masuk bulan Ramadan ni memang elok sangat lah kalau dapat makan makanan sejuk - sejuk, terutama dadih. Tapi mungkin ada daripada anda yang perasan dadih sekarang tak macam dadih dulu. Dulu punya dadih masuk mulut terus cair kan? Rasa rindu pula nak makan tapi tak tahu nak beli kat mana. Haa apa lagi jom buat sendiri!Resepi Dadih Susu Full CreamBahan - Bahan :1 liter susu kotakAgar-agar tali 20g. Guna 1/3 sajaGula ikut kemanisan sendiriGaram secubit rasa1 liter air masak/tapis - untuk masak agar-agarCara - Cara :Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut. Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api. Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Siap untuk ditelan!!Kredit resipi : Puan Niswah Hasina#KitaMasakKitaMakanKredit Afieyza Isahak Share Tweet Filled Under : Resepi Manisan Dadih AgarAgar Susu *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.