Nampak orang makan roti viral ‘Korean Garlic Cheese’ macam sedap je. Rasa bawang putih bersama keju yang cukup enak dan lemak berkrim dimakan panas-panas.
Selalu hanya beli di bakeri tapi nak keluar pergi shopping mall sekarang ini, tak disarankan sangat. Apa kata kali ini cuba buat sendiri.
Tiru resepi dari page Facebook popular Azlina Ina Fans, menggunakan roti burger. Ya, ini versi mudah tapi masih menyelerakan.
Resepi inti keju
- 250g cream cheese
- 25-30g gula ising
- Sedikit garam halus
- 3 sb chili flakes (ikut kepedasan masing-masing)
*kacau bahan di atas dengan sebati*
Untuk limpahan kuah berperisa
- Salted butter /majerin- 250g
- Bawang putih – 1 labu (cincang)
- Parsley (kering)
- Mayonis – 2tbsp
*campurkan semua bahan*
Tip: guna kaedah double boil untuk cairkan butter
Cara isi inti roti
- Paipkan keju ke dasar roti yang dibelah
- Celup dengan kuah rata-rata, dalam-dalam
- Bakar semula 8-10 minit suhu 170
- Tabur chilli flakes kalau suka pedas
Makan panas-panas! Memang sedap!
Sumber: Azlina Ina
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.