Kadang - kadang rasa bosan kat rumah tak tahu nak masak apa kan? Nak buat pencuci mulut rasa macam lecej pula.
Tapi ini kami kongsikan resepi Som Som yang sangat mudah dan sesuai sangat jadi pembuka selera! Selamat mencuba.
Bahan - Bahan:
1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
*kalau pakai tepung beras cap teratai tak payah campur tepung jagung, pasal dah siap ada tepung jagung.
500ml santan pekat
500ml air
1 sdt garam
1 helai daun pandan
Cara -Cara:
Campur semua di atas, dan kacau di atas api sehingga meletup2 dan berkilat, tutup api dan buangkan daun pandan. Masukkan dlm acuan dan sejukkan.
Utk air gula:
Masak 1 ketul besar gula melaka dan 5sdb gula pasir bersama daun pandan dan 1 cwn air.
Kredit : Alin Danial
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.