
Kredit Fatiha Hanani Ismail.
Sebut saja tomyam semua pasti dah dapat bayangkan betapa nikmatnya juadah tersebut, ada pedas, masam manis dan rasa yang tak dapat digambarkan.
Ini kami kongsikan resepi Tom Yam Homemade yang power anda boleh buat dirumah.
Homemade pes tomyum sendiri..seriuosly rasa sama macam dekat resturant Johny..
2 Biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 Hiris lengkuas
7 Helai daun limau purut
4 Sudu makan udang kering
10 Ekor ikan bilis
4 Inci belacan
3 Sudu cili kering yang dikisar
Air asam jawa
Gula perang
Garam
Cara membuatnya
1. Masukkan kesemua bahan (Kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan yang dikisar sehingga lumat dengan api yang perlahan.
3. Ketika ini bau tom yam akan mula terbit dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam. Seimbangkan rasanya.
5. Tutup api dan sejukkan selama beberapa jam sebelum disimpan ke dalam botol yang kedap udara.
Untuk masak tomyum
Ambil dalam 2 senduk pes tom yum..tumis kejap..tuang air dalam 2cawan.letak akar ketumbar..dah mendidih masukkan ayam dalam 4-5ketul potong kecek2..sampai ayam masak..masukkan serai,daun limau,limau,sayur2,garam,serbuk perasa dan sedikit susu pekat.. rasa ekot tekak masing2 ya.. selamat memasak..
#fatihathekicthen
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.