Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

omnomnom

Pergi Sarawak Tak Sah Kalau Tak Cuba Makanan Popular Ini

Kalau boleh semua nak rasa.
25 Oct 2019, 06:34 PM

pergi sarawak tak sah kalau tak cuba makanan popular ini

Kredit: Visit Sarawak

Seronoknya kalau dapat terbang ke Bumi Kenyalang! Sarawak bukan sahaja kaya dengan budaya dan destinasi menarik tetapi makanan di sana boleh buat anda terkenang-kenang. Bukan sahaja makanan Melayu dan Cina, setiap kaum di Sarawak ada makanan unik tersendiri.  

Anda yang merancang nak ke Sarawak tu atau yang teringat-ingat momen manis bercuti ke sana, bolehlah mula intai tiket penerbangan. Dah tiba sana, pastikan anda cuba makanan-makanan ini tau.

#1 Laksa Sarawak

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Winson (@winsonvoon) on

Tak sama dengan laksa di Semenanjung, laksa Sarawak menggunakan mi hoon yang dimakan bersama kuah seakan kari bersama hirisan isi ayam, telur dadar dan udang yang telah direbus. Rasanya? Rasa sekali pasti nak lagi!

#2 Mi Kolok

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Pid JJCM 🍽 (@ahmadfirdausdin) on

Bayangkan yee mi yang dimakan bersama sambal kicap dengan semangkuk sup bersama hirisan daging atau ayam, bawang putih goreng dan daun bawang. Memang tak sah kunjungan ke Sarawak kalau tak cuba mi kolok ni.

#3 Sayur Midin

pergi sarawak tak sah kalau tak cuba makanan popular ini

Kredit: Visit Sarawak

Pucuk midin ini antara makanan terkenal di Sarawak. Rupanya seakan pucuk paku kerana keduanya adalah spesies yang sama. Pucuk midin goreng belacan antara yang menjadi kegemaran.

#4 Manuk Pansuh

Ayam yang dimasak di dalam buluh, cara masaknya seakan lemang. Hidangan tradisional masyarakat Iban ini antara yang mesti anda cuba.

#5 Udang Cincang Pais

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by A 👸 who cooks 😉 (@_yummy.licious) on

Ada yang pernah rasa udang cincang pais? Bahan utama tentunya udang yang dicincang bersama nasi hingga sebati dan dibalut dengan pucuk nipah muda.

#6 Durian Bukit

pergi sarawak tak sah kalau tak cuba makanan popular ini

Kredit: Visit Sarawak

Penggemar durian jangan lepaskan peluang merasai sendiri keenakan durian bukit di Sarawak ya. Nama pun durian bukit, rasanya mestilah mantap!

#7 Rebung Goreng Belacan

pergi sarawak tak sah kalau tak cuba makanan popular ini

Kredit: Visit Sarawak

Jika di Semenanjung sayur rebung biasanya dibuat gulai lemak tetapi di Sarawak sayur ini dibuat goreng belacan.

#8 Nasi Goreng Dabai

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by tukang jalan jajan dot com (@dodon_jerry) on

Dabai, buah yang hanya ada di Borneo ini tumbuh bermusim. Setahun hanya sekali. Rasanya lemak seakan buah zaitun. Jika anda ke Sarawak, jangan lupa rasai keenakan buah dabai. Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan rencah nasi goreng.

#9 Lemantak

pergi sarawak tak sah kalau tak cuba makanan popular ini

Kredit: Visit Sarawak

Makanan tradisi Melanau ini berasaskan sagu rumbia. Rupanya seakan penkek dan sedap dimakan ketika panas bersama gula apong.

#10 Mi Kuching

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bremas Ahui (@bremas_ahui) on

Mi yang terkenal di Kuching ini turut dikenali sebagai mi dawai kerana kerangupannya. Biasanya dihidangkan dengan kuah tomato.

Sedapkan makanan-makanan ni? Baru tengok gambar pun dah buat perut kami berkeroncong. Ada banyak lagi makanan yang ‘nyaman’ di Sarawak. Anda boleh rasa sendiri apabila pergi ke sana.

Dah alang-alang sampai Sarawak tu, bolehlah ‘borong’ cenderahati untuk saudara mara dan rakan taulan di Semenanjung. Ada banyak pilihan cenderahati yang boleh anda pilih.

Antaranya kek lapis sarawak, ikan terubok, kek mentega keju di Mita Cake House, pelbagai cenderamata seperti Pua Kumbu, t-shirt Sarawak, pasu, kraftangan rotan, keychain dan fridge magnet di Main Bazaar Street, tebaloi dan ikan lumek salai.

pergi sarawak tak sah kalau tak cuba makanan popular ini

Tebaloi, tikar dan kek lapis. Kredit: Visit Sarawak & @shajueha_sarawak_tebaloi/instagram

Ha, ada yang tak sabar dah ke nak pergi Sarawak? Inilah peluang anda untuk bercuti ke Bumi Kenyalang selama 3 hari 2 malam.

Anda hanya perlu sertai peraduan Jom Makan Angin Di Sarawak Bersama SINAR di sini dan beritahu kami kenapa anda layak memenangi percutian ini. Pemenang berjaya akan memenangi trip ke Kuching dan Miri pada 15 hingga 17 November ini!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by air_travellers (@air_travellers) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lia Yolinda (@liayolinda) on

Sementara tu, apa kata anda layari Facebook Sarawak Travel untuk lebih info serta untuk acara dan promosi menarik.

Jumpa anda di sana!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.