Oleh Feyra Nasrom Sumber CARI
Makanan terlalu masin?? Tunggu.. jangan buang lagi. Ada caranya nak baiki makanan yang terlebih masin ni jadi lebih sedap. Korang tahu tak bagaimana caranya?? Kami ada 3 cara untuk pulihkan makanan yang masin ni.. jom baca kat bawah :
1)Cuci dengan air
Sekiranya makanan yang berkuah, korang boleh asingkan lauk dalam kuah tu dan letak air kosong dalam kuah tu. Kemudian letak kembali lauk tersebut dalam kuah yang telah dibaiki dengan air..
2) Masukkan Karbohidrat
Karbohidrat dapat menyerap rasa masin dan akan menukar rasa kuah yang masin jadi lebih enak. Cara-caranya, korang hiris kentang dan masukkan ke dalam kuah tersebut. Selain itu, guna beras juga menjadi , pastikan beras tersebut diikat dengan uncang ataupun letak sedikit tepung ke dalam kuah tersebut.
3) Madu atau gula
Seperti biasa, cara yang paling ramai orang guna. Masukkan sedikit gula atau madu dalam masakan yang terlebih masin itu. Pastikan jangan terlebih gula tau!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.