Popiah pisang mungkin tidak popular lagi di Malaysia tetapi ia menjadi satu kegilaan di negara Filipina. Ia lebih dikenali sebagai turron de platano, pemanis mulut ini juga boleh digantikan dengan cempedak, manga, ubi keledek atau parutan kelapa.
via GIPHY
Kalau dah bosan dengan pisang goreng atau pisang goreng cheese, boleh la cuba resepi ini untuk minum petang.
Bahan-bahannya:
10 biji pisang berangan atau 20 biji pisang emas
1 bungkus kulit popiah
200 gram mentega kacang
200 gram sapuan kacang hazel
200 gram isi durian
2 sudu makan tepung serbaguna
2 sudu makan air
2 cawan minyak masak
Cara-cara membuatnya:
1. Jika menggunakan pisang berangan, belah kepada suku atau separuh (pisang emas).
2. Campurkan air dan tepung serbaguna sehingga sebati untuk digunakan sebagai pelekat kulit popiah.
3. Bentangkan kulit popiah sebelum menyapu sama ada kacang mentega, sapuan kacang hazel atau durian di atasnya dan letakkan pisang sebelum dibalut.
4. Sebaiknya, letakkan sapuan dan pisang pada hujung kulit popiah bagi memudahkan ia dibalut dan calitkan sedikit campuran air dan tepung bagi melekatkan popiah.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga popiah berwarna emas. Selepas diangkat taburkan serbuk gula atau madu sebagai penambah rasa.
Sumber: KUALI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.