Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

omnomnom

Senang Gila Cara Nak Buat Puding Cheese Mangga Meleleh

Editor
21 May 2018, 01:46 PM

senang gila cara nak buat puding cheese mangga meleleh

RESEPI MANGO CHEESE CAKE
=========================
oleh : FatihahZainal

Hai, hari ni nak share resepi Non-Bake Mango Cheese Cake gebuss gebasss terlajak sedappp hehe. Tak cukup satu rumah makan ni Walaupun saya dah buat dua adunan ???? .Saya guna resepi dari blog resepicitarasawan.

Bahan2:

=====
DASAR BISKUT
=====
150gm bikut tiger - dihancurkan ( boleh guna biskut lain jugak, tapi saya guna tiger serious sedapp)
70gm mentega - dicairkan

=====
ADUNAN KEJU
=====
250gm Cream Cheese - suhu bilik
70gm gula kastor
1 sudu besar lemon jus- diperah daripada buah lemon
1 biji mangga - kisar kan untuk jadi kan puri. Tinggal kan separuh untuk glaze.( cari mangga yang manis jangan masam)
140ml yogurt ( Perisa asli)
150ml UHT Whipping Cream
1 1/2 sudu besar gelatin halal
50ml air suam

=====
GLAZE
=====
1 1/2 sudu besar gelatin halal 
50ml air suam
Separuh puri mangga yang dikisar tadi

=====
CARA2
=====
1. Kisar biskut tiger sehingga hancur. Kemudian gaul kan bersama mentega yang telah dicair kan. Padat kan dan rata kan ke dalam Loyang. Kemudian bakar pada suhu 180°C selama 8-10 minit. Sejuk kan dalam peti ais.Nak guna biskut lain pun boleh, tapi saya guna biskut tiger serious sangat sedappp bila dah bakar. Boleh guna Loyang jenis spring form kalau nak mudah keluar kan cheese cake nanti.
.

2. Next step, kisar sebiji mangga + campur kan bersama 2sudu besar gula. (Blend tanpa air) Terpulang cita rasa masing2 nak letak gula banyak mana. Bahagi kan kepada dua. Separuh untuk adunan cheese, separuh untuk glaze.
.

3. Next, masuk kan 50ml air suam ke dalam cawan atau bekas. Masuk kan serbuk gelatin satu setengah sudu . gaul kan dan biar kan seketika sehingga gelatin kembang. Kemudian cair kan secara double boil/microwave sehingga betul2 cair. Cara saya masuk kan cawan gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas mendidih.(rujuk gambar bawah). Gaul kan sehingga cair. Ketepi kan.
.

4. Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang dan rata. Pasti kan jangan berketul. Masuk kan separuh daripada Puri mangga yg dikisar tadi, yogurt, dan 1sudu besar lemon jus ke dalam adunan cheese. Pukul sehingga semua bahan sekata.
.

5. Kemudian masuk kan gelatin yang di cair kan tadi kedalam adunan cheese di atas. Pasti kan gelatin betul2 cair dan telah sejuk. Gaul rata.
.

6. Pukul whipping cream guna mixer dalam bekas lain sehingga kembang atau soft peak. Rujuk gambar di bawah. Cara nak tau, terbalik kan bekas whipping cream. Kalau whiping cream duduk elok je mengeras, tak jatuh, tak meleleh, maksudnya dah menjadi. Kalau whiping cream masih meleleh bila diterbalik kan pukul lagi sehingga kembang.

Make sure jangan terlebih pukul sebab nanti jadi cair. Tips nak pukul whipping cream, jangan keluar kan awal2. Sejuk kan dulu betul2 dalam peti ais. Masa nak pukul baru keluar kan dari peti ais.
.

7. Kemudian campur kan whiping cream tadi ke dalam adunan cheese dia atas. Gaul rata secara kaup balik secara slow2. Bila adunan dah rata letak ke dalam Loyang berisi biskut tadi Dan sejuk kan selama 4jam atau semalaman.
.

8. Next step kita buat glaze. Tuang 50ml air suam ke dalam cawan/bekas. Tuang serbuk gelatin. Biar kan seketika sehingga kembang. Kemudian cair kan secara double boil atau microwave. Saya guna cara yang sama macam atas tadi. Kemudian campur kan lebihan mangga yang di kisar tadi ke dalam gelatin. Gaul rata dan biar kan sejuk. Dah sejuk, rata kan ke atas cheese cake tadi. Biar kann selama 4jam sehingga glaze betul2 keras. Hiasan terpulang citarasa masing2.
.

P/s: Tips nak potong cheese cake, rendam pisau dalam air panas. Kemudian lap kan dan boleh potong. Baru teksture nampak kemas dan cantik.

Ada yang tanya kalau taknak letak gelatin boleh ke? Letak gelatin lagi bagus sebab teksture cheese cake tu lagi cantik dan sedap bila potong. Saya dah pernah buat tanpa gelatin memang lain. Cheese cake tanpa gelatin lebih kurang macam ais krim. Nak lagi best boleh letak gelatin :) pasti kan gelatin ada logo halal jakim. Saya guna brand NONA. Sukatan gelatin jangan terlebih ya, ikut betul2 resepi saya bagi. Kalau terlebih gelatin akan jadi macam agar2.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us