Kredit : Dr Nurilyani Bujang
TIPS MEMASAK BUBUR UNTUK BAYI
Anak kecil yang berumur enam bulan ke atas sudah boleh diperkenalkan dengan makanan tambahan seperti bubur nasi.
Sewaktu anak saya yang sulung masih kecil, saya mempunyai masalah untuk memasak bubur segar dalam kuantiti yang amat sedikit.
Saya pula jenis yang tak suka simpan makanan, apa lagi makanan bayi.
Kebiasaannya jika saya memasak, saya hanya pastikan ianya cukup cukup, tidak berlebihan untuk mengelakkan pembaziran.
Kerapkali periuk kecil saya hangus, bubur terkering ataupun terlebih air.
Sehinggalah saya berjumpa dengan pasangan Prof Lucy (pakar paediatrik) dan Prof Patrick (pakar bius) . Mereka adalah pasangan yang pernah berkhidmat di PPUM.
Prof Lucy memberikan tips ini kepada saya. Saya berharap ibu ibu lain juga boleh mencuba.
Kaedah double boiling ini amat mudah, tak perlu jaga api, tak hangus. Rasa bubur juga lebih enak.
Boleh scroll gambar untuk cara cara membuatnya.

- Beli mangkuk stainless steel seperti di atas. Pastikan mangkuk kecil dan boleh diteluskan di tengah tengah periuk nasi. Mangkuk di atas, saya beli di pasaraya dengan harga rm 5.
- Kuiskan sedikit beras untuk nasi ke tepi dan teluskan mangkuk berisi beras dengan sukatan air yang sesuai untuk bubur tersebut.
- Tekan butang ON.
- Tutup periuk seperti biasa.
Semangkuk bubur untuk bayi siap bersama sama dengan nasi segar untuk ahli keluarga yang lain.
Kalau tak masak nasi, nak letak air sahaja dalam periuk nasi tu pun boleh.
Selamat Mencuba! Moga hidayah dan rahmat Allah sentiasa berterusan pada pasangan professor.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.