Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

5 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Peniaga Online Di Facebook

Dah tau ni, jangan ulangi kesilapan sama!
Editor
23 Nov 2020, 11:21 AM

5 kesilapan yang sering dilakukan peniaga online di facebook

Kredit: Shutterstock

Jika dahulu seorang peniaga perlu ada tapak, transaksi secara bertemu muka dan pembayaran dibuat secara langsung... Kini semuanya telah berubah. Perniagaan konvensional masih wujud tetapi dirancakkan lagi dengan perniagaan internet yang menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran.

Dan perniagaan secara online ini semakin mendapat tempat kerana mudah dilakukan dan capaiannya lebih meluas. Namun, perniagaan online ini tidak semudah yang anda dengar. Selain perlu usaha yang berlipat ganda, peniaga perlulah sentiasa up to date dengan teknologi dan berusaha memperbaiki kesilapan.

5 kesilapan yang sering dilakukan peniaga online di facebook

Kredit: Shutterstock

Ini kami kongsikan antara kesilapan biasa yang sering dilakukan peniaga online dalam memasarkan produk di Facebook!

#1 Ayat tidak jelas

Kekuatan perniagaan yang menggunakan sosial media ini terletak pada ayat pengiklanan berkesan. Tidak kiralah ayat anda panjang atau ringkas, paling penting mesej yang disampaikan itu perlulah mudah difahami dan dapat menyentuh emosi bakal pembeli dan mampu mempengaruhi mereka mencuba produk yang anda tawarkan.

#2 Tiada sasaran pembeli

Media sosial ini terlalu luas, sebab itu penting untuk anda meletakkan sasaran pembeli agar boleh lebih fokus dalam menghasilkan video dan ayat iklan yang berkesan dalam memperkenalkan produk.

#3 Tiada engagement?

Untuk mempengaruhi orang membeli produk bukan sahaja terletak pada iklan yang berkesan tetapi ‘treatment’ anda kepada bakal pembeli. Peniaga online kena proaktif dalam membalas DM dan WhatsApp daripada pelanggan yang bertanyakan tentang produk jualan anda. Cara layanan dan kepantasan anda membalas pertanyaan ini boleh memberi impak pada jualan.

Bukan tu juga, anda kena bijak tarik pembaca untuk komen, like dan share post. Antara cara yang boleh dilakukan ialah buat peraduan, cabutan bertuah, live dan promosi menarik!

#4 Kurang mahir dengan produk

Ini satu lagi kesilapan yang sering dilakukan peniaga online. Tidak kiralah anda adalah pembekal, dropship atau ejen, anda kenalah mahir dengan produk jualan. Bukan sahaja kena ada testimoni yang meyakinkan dan tekankan keunikan produk anda yang membuatkannya berbeza daripada produk lain di pasaran.

Pendek kata apa sahaja soalan yang ditanyakan oleh prospek, anda dah ada jawapan meyakinkan di hujung jari.

#5 Kurang posting

Apa juga pekerjaan yang kita lakukan kenalah rajin dan sentiasa berusaha keras. Jika anda menjalankan perniagaan online, anda kenalah rajin membuat posting dan iklan promosi. Tetapi bukanlah sampai tahap spamming!

Tetapkan berapa banyak posting setiap hari dan minggu, tahu waktu terbaik untuk posting dan pelbagaikannya. Barulah ramai yang akan tahu kewujudan perniagaan anda!

Menarik, kan?

Jom daftar untuk kelas online Momentum Internet!

Untuk anda yang masih mencari kaedah pemasaran terbaik dan solusi untuk menguasai serta menambah baik perniagaan online, jomlah sertai kelas online Momentum Internet di sini. Ada banyak tip menarik dan strategi perniagaan online berkesan yang akan dikongsi dengan anda!

Nak tau lebih lanjut lagi tentang Momentum Internet dan Najib Asaddok, “LIKE”, “FOLLOW” Instagram serta Facebook Najib Asaddok hari ini! Momentum!! Wooowwwww!!!!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }