Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

5 Perkara Yang Peniaga Baru Kena Tahu Tentang Cukai Pendapatan

Kalau tak bayar cukai pendapatan tepat masa, anda bakal dikenakan penalti.
23 May 2022, 12:00 AM

Artikel ini ditaja oleh LHDN Malaysia

5 perkara yang peniaga baru kena tahu tentang cukai pendapatan

Kredit: tirachardz/Freepik.com

Setiap kali masuk tahun baru, ramai pekerja dan peniaga disibukkan dengan urusan pembayaran cukai pendapatan. Bagi mereka yang bekerja tetap (berpendapatan penggajian), urusan ini biasanya dipermudahkan dengan potongan cukai oleh majikan, dan tarikh akhir pembayaran cukai pendapatan individu dah pun berakhir bulan April lalu.

Kini tibanya giliran golongan yang bekerja sendiri dan mempunyai perniagaan untuk membayar cukai. Jika anda merupakan seorang peniaga yang baru dan kurang tahu tentang pembayaran dan cara daftar cukai perniagaan LHDN…

Berikut ialah lima perkara yang anda kena tahu dahulu tentang cukai pendapatan: 

#1 Golongan manakah (bekerja sendiri/berniaga) yang perlu melaporkan pendapatan mereka kepada LHDN? 

Cukai pendapatan bukan sahaja dikenakan ke atas individu yang menerima pendapatan penggajian, malah ia turut dikenakan ke atas perniagaan atau pekerjaan yang menerima kemasukan wang ke dalam akaun bank individu seperti YouTubers, Instafamous, influencers, paid reviewers, dan yang sewaktu dengannya.

Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang senarai jenis pendapatan yang dikenakan cukai bagi peniaga di www.hasil.gov.my. Kemudian, pergi ke:

Perkhidmatan > Individu > Pengenalan Cukai Pendapatan Individu > Bila Dikenakan Cukai.

#2 Apakah kepentingan melaporkan pendapatan dan membayar cukai? 

Antara kepentingan utama dalam melaporkan dan membayar cukai pendapatan ialah ia…

  • Membantu anda untuk mengesahkan pendapatan yang diterima bagi sebarang urusan rasmi, selain mudah untuk anda mendapatkan bantuan khas kerajaan bila perlu nanti.
  • Memudahkan kelulusan permohonan pinjaman kewangan termasuk tujuan pembelian rumah atau kenderaan.
  • Manfaat yang dinikmati bersama: dengan membayar cukai, anda telah membantu kerajaan mentadbir dan mengurus negara, serta membantu perbelanjaan pembangunan negara; sama ada bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, kemudahan fasiliti awam, perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat, dan banyak lagi manfaat cukai untuk dinikmati bersama.

#3 Macam mana nak laporkan pendapatan perniagaan kepada LHDN? 

Lapor dan bayar cukai pendapatan secara dalam talian menerusi MyTax

Kredit: LHDN Malaysia

Lapor pendapatan perniagaan anda menggunakan Sistem Taksir Sendiri dengan menentukan pendapatan yang dikenakan cukai dan hantar borang cukai pendapatan menggunakan perkhidmatan dalam talian e-Filing di mytax.hasil.gov.my. Jangan lupa untuk buat bayaran cukai (sekiranya perlu) dengan menggunakan ByrHASiL.

Bagi individu pemastautin, pilih Borang B jika anda ada punca pendapatan perniagaan, penggajian dan pendapatan lain. Untuk individu bukan pemastautin pula, anda dikehendaki menggunakan Borang M.

#4 Apakah pelepasan baharu yang ditawarkan kerajaan untuk Tahun Taksiran 2021? 

Kerajaan menawarkan banyak pelepasan cukai kepada rakyat Malaysia bagi Tahun Taksiran 2021 termasuk tambahan pelepasan kepada yang sedia ada seperti:

  • Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa.
  • Tambahan pelepasan yuran pengajian iaitu kursus meningkatkan kemahiran dalam apa-apa bidang kemahiran yang diiktiraf.
  • Perbelanjaan suntikan vaksin, ujian saringan serta pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, pasangan atau anak.
  • Tambahan pelepasan gaya hidup khusus berkaitan dengan aktiviti sukan.

Anda boleh layari www.hasil.gov.my untuk senarai penuh pelepasan Tahun Taksiran 2021.

#5 Di mana pembayar cukai boleh melaporkan pendapatan perniagaan mereka, dan bilakah tarikh akhir penghantaran Borang Nyata? 

Contoh Borang B Tahun Taksiran 2021

Kredit: LHDN Malaysia

Lapor pendapatan perniagaan Tahun Taksiran 2021 anda secara dalam talian menggunakan e-Filing dan bayar cukai pendapatan menerusi ByrHASiL bermula 1 Mac 2022.

Pastikan anda hantar Borang B pada atau sebelum 30 Jun ini. Tambahan masa akan diberikan sehingga 15 Julai bagi pengguna e-Filing.

Gunakan perkhidmatan dalam talian untuk lapor dan bayar cukai pendapatan dengan melayari mytax.hasil.gov.my. Ini lebih memudahkan anda untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai dengan sebaik mungkin.

Jom lapor dan bayar cukai pendapatan anda dengan kadar segera SEBELUM 30 Jun 2022! 

Laman Utama MyTax HASiL

Kredit: LHDN Malaysia

Jom laksanakan tanggungjawab anda secepat mungkin. Sebarang pertanyaan boleh dibuat menerusi Borang Maklumbalas Pelanggan atau hubungi HASiL Care Line di talian 03-8911 1000. Untuk maklumat lanjut percukaian, anda boleh layari www.hasil.gov.my.

Sumbangan anda merupakan jaminan kemakmuran negara dan kesejahteraan Keluarga Malaysia!

5 perkara yang peniaga baru kena tahu tentang cukai pendapatan

Kredit: LHDN Malaysia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.