Kredit: @tirachardz/Freepik
Saat disahkan hamil sudah tentu merupakan perkhabaran gembira buat pasangan berkahwin terutamanya buat yang telah menantikan zuriat sekian lama. Perjalanan kehamilan bagi setiap wanita itu tidak sama, malah pengalaman mengandungkan setiap anak juga berbeza-beza.
Ada yang tiada tanda pelik sehinggakan tidak sedar ada nyawa lain yang dibawa berbulan lamanya, ada yang loya mabuk sampai nak bangun pun tak larat, ada yang berselera makan sampai berat badan naik mendadak dan tidak kurang pula yang sensitif melampau pada bau.
Kredit: @tirachardz/Freepik
Tetapi walau apa pun pengalaman mengandung yang dilalui, anda tidak dapat lari daripada bertanyakan soalan-soalan ini. Iyalah, kita sudah tentu inginkan kehamilan selamat dan bayi dalam kandungan serta ibu dalam keadaan sihat, kan?
#1 Betul ke wanita mengandung kena makan untuk dua orang?
Berbanding wanita yang tidak hamil, setiap ibu mengandung memerlukan hanya 300 kalori ekstra sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi dalam kandungan. Jadi, tidak perlulah makan untuk dua orang bagi mengelakkan komplikasi kesihatan termasuk diabetes, darah tinggi yang membawa kepada pre-eklampsia serta pelbagai risiko lain terhadap diri sendiri dan bayi dalam kandungan.
#2 Berapa kenaikan berat badan yang normal?
Pertambahan berat badan normal adalah antara 5 ke 18kg sahaja sepanjang kehamilan bergantung kepada BMI. Jika sebelum ini anda mempunyai berat badan ideal, anda patut mengalami pertambahan berat badan antara 10 hingga 13kg sahaja. Mereka yang kurang berat badan (BMI rendah) pula, penambahan berat badan ketika mengandung adalah di antara 12 ke 18kg.
Jika anda telah pun mempunyai berat badan yang berlebihan sebelum mengandung, pertambahan berat badan adalah antara 6 ke 11 kg sahaja dan jika anda obes, penambahan berat badan yang ideal hanyalah sekitar 5 ke 9kg sahaja!
#3 Kenapa doktor tanya sejarah penyakit dan perubatan?
Sejarah penyakit dan rawatan ni penting bagi membolehkan doktor merancang jenis ubat dan rawatan yang bersesuaian terutamanya jika penyakit itu boleh memberi kesan kepada kehamilan anda.
#4 Apa yang perlu dijangkakan sepanjang kehamilan?
Bergantung kepada keadaan kesihatan anda. Sekiranya normal, temujanji sebulan sekali akan diberikan. Anda mungkin perlu minum air gula. Tekanan darah, urin dan pemeriksaan darah akan dilakukan.
Sekiranya anda mengalami Gestational Diabetes Mellitus (GDM), doktor akan meminta anda berjumpa dengan pakar pemakanan yang akan menerangkan tentang diet terbaik. Begitu juga sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi, doktor akan menerangkan tentang simptom preeklamsia dan tanda kecemasan.
#5 Boleh ke naik kapal terbang?
Ya, sebaiknya dalam trimester kedua iaitu minggu ke-14 hingga ke-27. Waktu ni kebiasaannya dah melepasi fasa mabuk hamil. Tetapi jika terdapat komplikasi dalam kehamilan seperti terdapat tompokan darah di faraj, tekanan darah tinggi atau anda pernah mengalami kelahiran pramatang sebelum ini, periksalah dengan doktor sebelum membuat perjalanan.
Periksa juga syarat yang ditetapkan syarikat penerbangan. Sesetengahnya tidak membenarkan wanita hamil selepas minggu ke-28 untuk menaiki pesawat kerana risiko kelahiran pramatang.
Tak dinafikan ada 1,001 soalan yang bermain-main di fikiran bakal ibu dan ayah yang menanti kehadiran orang baharu. Setiap perkembangan bayi dalam kandungan, walaupun kecil sudah memadai untuk membuat anda teruja.
Kredit: Enfamama
Dengan Enfamama A+ Club anda boleh melihat sendiri perubahan diri dan perkembangan janin di dalam kandungan. Malah berkongsi pengalaman dengan bakal ibu lain.
Anda hanya perlu muat turun aplikasi dan menjadi sebahagian daripada komuniti Enfamama A+ Club. Selain berkongsi maklumat, anda turut berpeluang menerima pelbagai baucar dan hadiah bernilai sehingga RM900! Banyak tu!
Jom muat turun sekarang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.