Kredit: Freepik
Baru dapat cahaya mata yang pertama? Tahniah! Selamat mengharungi fasa kehidupan yang baru. Sebagai ibu bapa baru, banyak benda yang anda kena belajar dan ketahui, dan salah satunya ialah macam mana nak tau kalau anak anda lapar.
Haa, sebelum anak meraung lapar nak susu, check out lima tanda-tanda bayi lapar ni:
#1 Bunyi tangisan yang bernada rendah dan turun naik
Bila bayi lapar, dia akan mula menangis dengan bunyi tangisan yang pendek, bernada rendah dan turun naik. Bila dibiarkan terlalu lama, bayi anda akan rasa stress yang akan menyebabkan dia tak boleh nak makan dengan selesa. Jadi pastikan bayi anda diberi susu secepat yang mungkin!
Ni produk yang mungkin berguna untuk anda…
Kredit: Lazada
Dapatkan baby monitor untuk memudahkan anda memantau anak.
#2 Bergerak-gerak sejurus bangun tidur
Bila bayi terjaga dari tidur, biasanya dia akan bergerak-gerak dalam cot seolah-olah nak cari makanan. Perhatikan gerak-gerinya, dan bila dia dah mula angkat tangan ke muka, tu maknanya dia nak susu!
Ni produk yang mungkin berguna untuk anda…
Kredit: Lazada
Standby dan pastikan semua alatan nak buat susu dah tersedia dan diletak berdekatan. Gunakan baby organizer untuk memudahkan anda, sebab anda tak perlu nak berulang-alik ke dapur.
#3 Menghisap jari/penumbuk dan menjilat bibir
Ni merupakan salah satu sifat bayi yang semulajadi bila dia lapar.
Ni produk yang mungkin berguna untuk anda…
Kredit: Lazada
Kalau bayi anda dah besar sikit, apa kata bagi dia try ‘makan’ buah pulak? Anda boleh gunakan feeder pacifier ni so bayi anda boleh hisap jus daripada buah dengan selamat.
#4 Bibir yang seolah-olah sedang menghisap
Ni juga salah satu cara bayi berkomunikasi untuk bagi tahu yang dia tengah lapar.
Ni produk yang mungkin berguna untuk anda…
Kredit: Lazada
Kalau anda perasan yang bibir bayi anda nampak kering, gunakan lip balm yang khas untuk bayi ni.
#5 Mulut yang masih terbuka walaupun dah diberi susu
Bila bayi masih lapar walaupun dah diberi minum susu, mulutnya akan terbuka atau kekal menghisap putting atau botol susu. Tu maknanya dia belum kenyang!
Ni produk yang mungkin berguna untuk anda…
Kredit: Lazada
Bila anak anda dah berumur setahun ke atas, anda boleh mula bagi susu formula yang mengandungi nutrisi seperti MFGM yang meningkatkan fungsi dan perkembangan otak atau DHA yang menyokong perkembangan otak, contohnya macam susu formula dengan ramuan khas ni.
Bagi ibu bapa baru, pastikan anda perhatikan lima tanda ni ya!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.