Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

5 Tip Jimat Cermat Untuk Ibu Bapa Yang Ada Anak Kecil

Kenalah bijak merancang kewangan!
Editor
22 Sep 2020, 05:38 PM

5 tip jimat cermat untuk ibu bapa yang ada anak kecil

Kredit: Shutterstock

Ibu bapa mana yang tidak teruja bila pulang ke rumah disambut dengan senyuman manis serta tawa riang anak-anak? Dengar je suara kecil di depan pintu, automatik hilang rasa penat.

Memang seronok ada anak kecil ni, tetapi tanggungjawab membesarkan mereka tidak mudah. Mereka bukan sahaja perlukan kasih sayang dan tumpuan penuh, tetapi makan pakai serta keperluan harian perlulah disediakan selengkapnya.

Sebab itu bila bergelar ibu bapa, selain perlu bijak mencari masa terluang bermain dengan anak-anak, kita juga kenalah bijak merancang kewangan keluarga.

Untuk ibu bapa yang sedang tercari-cari tip berjimat cermat tu, ni kami kongsikan 5 tip yang boleh digunakan terutamanya buat anda yang mempunyai anak kecil berusia 6 tahun ke bawah:

#1 Beli baju sedikit demi sedikit

Cukuplah 3 ke 4 pasang baju sekali beli. Iyalah, anak-anak ni cepat membesar. Baru beberapa bulan pakai, dah sempit dan senteng. Suka atau tidak, kita kenalah beli baju lain. Betul tak?

#2 Beli saiz yang lebih besar

1 atau 2 saiz lebih besar dah memadai. Jangan pula disebabkan nak berjimat kita beli saiz yang terlalu besar. Alahai, kenalah tunggu 2 ke 3 tahun lagi baru boleh pakai.

#3 Cari produk berkualiti dengan harga berpatutan

Kata orang alah membeli menang memakai. Bila mahal sedikit asalkan berkualiti, kain selesa dan tahan lama.

#4 Beli dari satu premis yang sama

Cari satu kedai yang lengkap dengan segala keperluan si manja yang anda perlukan. Senang kan? Jimat masa dan tenaga, jimat minyak dan parkir serta jimat wang ringgit.

#5 Dapatkan produk pada harga lebih murah di Baby Fair

Pastikan anda rebut peluang beli belah kelengkapan anak-anak di Baby Fair. Bukan je ada banyak pilihan barangan keperluan di bawah satu bumbung, ada boleh dapatkan barangan ini pada harga yang lebih berbaloi! Bolehlah beli lebih, buat stok di rumah!

Antara baby fair yanga anda tak boleh lepaskan, sudah tentu Tesco Baby Fair September 2020 yang bakal berlangsung mulai 24 September hingga 7 Oktober ni!

Antara barangan menarik menanti anda di Tesco Baby Fair termasuklah:

#1 Pelbagai jenama susu terpilih

Dapatkan susu formula berkualiti tinggi bagi tumbesaran anak yang sempurna, antaranya ialah:

  • Anmum Essential
    5 tip jimat cermat untuk ibu bapa yang ada anak kecil
    Susu Tepung Anmum Essential Step 3/4 Asli 1.5kg ni berharga RM82.90 setiap satu. Jika anda beli dua, anda boleh dapat diskaun RM20.
     
  • PediaSure
    5 tip jimat cermat untuk ibu bapa yang ada anak kecil
    Susu Tepung Pediasure OHT Vanila 1.6kg ni berharga RM138.99 setiap satu. Jika anda beli dua, anda boleh dapat diskaun RM10.
     
  • Similac
    5 tip jimat cermat untuk ibu bapa yang ada anak kecil

           Susu Tepung Similac Gold Gain Plus 1.8kg ni berharga RM119.99 setiap satu, manakala Susu Tepung Similac Gold Gain Kid 1.8kg ni berharga RM112.99 setiap                   satu. Jika anda beli dua, anda boleh dapat diskaun RM10.

  • Dutch Lady
    5 tip jimat cermat untuk ibu bapa yang ada anak kecil
    Dapatkan Susu Tepung Dutch Lady 123/456 Biasa /Coklat /Madu/6+ Biasa/Coklat 900gm pada harga hanya RM18.99 setiap pek.
     
  • Enfagrow
    5 tip jimat cermat untuk ibu bapa yang ada anak kecil
    Terdapat tiga pilihan bagi jenama ini, iaitu A+360DHA Complex S3 Asli/Vanila 1.7kg berharga RM125.99 setiap pek, A+360DHA Complex S4 Asli/Vanila 1.7kg berharga RM125.99 setiap pek, dan A+360DHA Complex S5 Asli/Vanila 1.7kg berharga RM99.99 setiap pek. Jika anda beli dua, anda boleh dapat diskaun RM20.

#2 Jenama lampin pakai buang Tesco Fred & Flo

5 tip jimat cermat untuk ibu bapa yang ada anak kecil

Bayi anda bakal kekal selesa dan riang sepanjang masa dengan memakai lampin pakai buang seperti Tesco Fred & Flo. Lampin Bayi Pakai Buang Tesco Fred & Flo M81/L69/XL56/ XXL 46 ni berharga RM26.99 bagi setiap pek.

#3 Tisu basah jenama Fred & Flo

5 tip jimat cermat untuk ibu bapa yang ada anak kecil

Bersihkan badan anak-anak dengan sempurna menggunakan Tisu Pelembap Bayi Tesco Fred & Flo Moisturising/Gentle/Fragrance Free 2x80s ni yang berharga RM8.99 setiap pek, manakala Pek Isian Semula Tisu Pelembap Bayi Tesco Fred & Flo Moisturising 2x150s ni berharga RM9.99 setiap pek.

#4 Rangkaian produk pencuci jenama Fred & Flo

5 tip jimat cermat untuk ibu bapa yang ada anak kecil

Basmi segala kotoran dan kuman yang melekat pada baju anak-anak dengan benar-benar bersih menggunakan Cecair Pencuci Pakaian Antibakteria Tesco Fred&Flo 2L berharga RM7.99 setiap satu. Dapatkan juga Pek Isian Semula Cecair Pembersih Tesco Fred&Flo 600ml Aneka berharga RM7.99 setiap satu.

Bukan tu je, ada banyak lagi barangan keperluan si kecil seperti botol susu, makanan bayi, dan permainan yang ada di Tesco. Membeli-belah di Tesco sememangnya Penuh Nikmat dan Semakin Jimat, dengan tawaran hebatnya yang penuh nilai dan tiada tandingan!

Inilah masanya untuk ibu ayah jadi pengguna bijak. Ingat, 24 September hingga 7 Oktober ni jom serbu Tesco untuk dapatkan produk terbaik pada harga lebih jimat di Tesco Baby Fair. Kenapa perlu bayar lebih jika kita boleh dapatkan produk yang sama pada harga lebih murah? Betul tak?

Layari laman web rasmi Tesco atau Facebook Tesco untuk info lanjut. Anda juga boleh dapatkan produk Tesco terpilih di Lazada dan Shopee. Mudah, kan?

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }