Kredit: Freepik
Tak kira sama ada anda bujang ataupun dah berkeluarga, kerja rumah sentiasa menunggu untuk diselesaikan. Bilik air kena dicuci. Baju-baju kotor kena cepat dibasuh. Nak minum air bersih kena masak dulu. Nak masak kena sediakan semua bahan dan perkakas yang diperlukan, lepas tu kena cuci lagi.
Memang meletihkan, terutama bagi mereka yang bekerja sepenuh masa. Tapi kalau anda pandai bahagi masa dan gunakan hack atau tips untuk mengurangkan kerja rumah, hidup anda akan menjadi lebih mudah.
Ni lima hacks yang anda boleh mula buat:
#1 Nak basuh penyapu? Sapu lantai bilik air sekali!
Ni yang orang kata sambil menyelam minum air. Kalau penyapu anda dah kotor dan berhabuk, basuh penyapu dengan menyapu lantai bilik air sekali. Yelah, sambil basahkan penyapu tu apa kata sapu terus lantai sekali? Lepas dah selesai semuanya, jemurkan penyapu tersebut sampai kering. Mudah kan?
#2 Gunakan teknik melipat baju dalam 2 saat
Bagi yang bujang dan tinggal sendiri pun rasa malas nak lipat baju yang bertimbun, ini kan pula bagi mereka yang berkeluarga dengan baju anak-anak kecil yang senantiasa kena dibasuh dan dilipat.
Jangan stress, anda boleh lipat baju-baju tu dalam masa hanya 2 saat je:
#3 Jadikan sampah-sarap sebagai kompos
Letih nak berulang-alik buang sampah? Jadikan sampah-sarap sebagai kompos! Selain memudahkan kerja anda, kompos ni sangat membantu dalam mengurangkan sampah, mengelakkan tong daripada berulat dan berbau, dan boleh dijadikan sebagai baja organik bagi mengembalikan kesuburan tanah yang lesu, sekaligus mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Tapi, bukan semua sampah boleh dijadikan kompos ya. Hanya sampah makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, roti, bijirin, serbuk dan penapis kopi, daun teh, uncang teh (pastikan stapler dibuang terlebih dulu), herba, atau rempah-ratus saja.
Kalau sampah bukan makanan, anda hanya boleh komposkan benda-benda seperti daun, rumput, atau habuk (yang dikumpul daripada vacuum atau penyapu).
#4 Gunakan dispenser air agar anda tak perlu masak air setiap masa
Orang zaman dulu-dulu serba-serbi kena buat sendiri. Basuh baju pakai tangan, nak makan ayam kena sembelih sendiri, nak makan ulam kena tanam sendiri. Orang sekarang beruntung sebab segala benda dah siap tersedia, Cuma tinggal nak guna je.
Contohnya, kalau anda gunakan penapis air, anda tak perlu lagi kena masak air setiap kali nak minum air bersih. Penapis air dengan dispenser memudahkan kehidupan harian anda.
#5 Gunakan periuk serbaguna agar anda tak perlu basuh terlalu banyak perkakas
Dah lah penat memasak, lepas tu kena basuh segala pinggan mangkuk dan periuk yang bertimbun di sinki. Kalau nak senang, gunakan periuk serbaguna agar anda tak perlu basuh terlalu banyak perkakas. Selain tu, penggunaan periuk serbaguna juga boleh menjimatkan air, masa, dan tenaga anda!
Dengan adanya perkakas yang baik di rumah, ia akan meringankan beban anda
Kalau anda mampu laburkan sedikit wang untuk beli perkakas rumah yang boleh bantu ringankan beban kerja rumah anda, memang digalakkan sangat. Bukan apa, ini untuk memberikan anda masa yang lebih untuk berehat-rehat.
Kalau anda tengah cari perkakas rumah, CUCKOO sedang ada promosi yang menarik sekarang ni.
Kalau anda pengguna produk CUCKOO, anda berpeluang untuk menangi sebuah kereta Hyundai Ioniq Hybrid bernilai RM99,448 dan juga pelbagai produk CUCKOO dalam Peraduan Foto #MyLifewithCUCKOO!
Dalam peraduan yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos ni, pemenang utama bakal memenangi sebuah kereta, manakala 10 peserta peraduan yang terpilih bakal memenangi satu produk CUCKOO.
3 langkah mudah untuk sertai Peraduan Foto #MyLifewithCUCKOO
Anda boleh tengok contoh-contoh gambar dan kapsyen yang ada kat IG CUCKOO.
Apa tunggu lagi? Cepat hantarkan penyertaan anda sebelum 31 Ogos ni! Untuk info lanjut, klik website ni.